Want your
own Fotopage?







 
Kunadzri's Fotopages

By: kunadzri yahaya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Sunday, 23-Mar-2008 15:42 Email | Share | | Bookmark
WARGA Msjbox DI RUMAH SDR. KASSIM SELAMAT

 
 
 
 
 
 
 
 
 
View all 79 photos...
Tarikh : Ahad 23 Mac 2008
Lokasi : Bandar Rinching, Semenyih

semua gambaQ tayang gigi...hehehehe...pasai sonok sgt kan..

Nak cilok le tuan tanah...
Sun 23-Mar-2008 23:19
Posted by:jie ku_zie2k@yahoo.com  - [Link]
Askum...cantekkk² laaa gamba ni abg e...memang terer amik gamba nie...cun melecun semuanya... setapppnyer makanan² kat situ yer...jelez nie...kak combi...oooo...kak combi...cian kat kiter erk...selalu jer ketinggalan and ditinggalkan...ngeeeee...ngeeeee... Mon 24-Mar-2008 06:31
Posted by:angriani kirana_78@yahoo.com
Feel free to visit my page to get RM21 for free right now!!
Enjoy your money ya
http://fotografiklance.fotopages.com
Sat 10-May-2008 03:46
Posted by:Mr.Dino
View all 4 comments Add comment


Monday, 18-Feb-2008 21:05 Email | Share | | Bookmark
WARGA Msjbox DI PORT DICKSON

 
 
 
 
 
 
View all 38 photos...
HARI KEDUA
Tarikh : Ahad 17 Feb. 2008
Lokasi : Pantai Telok Kemang




















UNTUK KOLEKSI FESYEN PAKAIAN,BEG,KERONSANG DAN TUDUNG TERKINI 2008.LAWATILAH http://tropika.r8.org Thu 21-Feb-2008 16:28
Posted by:marita  - [Link]
tuan ghumah! oOo tuan ghumah! x dak oghang ka? Tue 26-Feb-2008 17:19
Posted by:mummy sofie  - [Link]
>>>retna>>
retna silap pilih artis ni... kadang2 diorang ni bukannya pandai sangat... saja nak cari duit cara senang... patutnya reject jer...

>>>mummy sofie>>>
tuan ghumah ni ada... tapi selalu outstation.... tupasal la jarang sangat update.... kalo ceQ nak jumpa dia pi kat banglo satu lagi naa... hehehe
Sun 2-Mar-2008 12:25
Posted by:kunadzri  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 18-Feb-2008 20:29 Email | Share | | Bookmark
WARGA Msjbox DI PORT DICKSON

 
 
 
View all 103 photos...
HARI PERTAMA
Tarikh : Sabtu 16 Feb. 2008
Lokasi : Pantai Seri Purnama


























































alamakkk dah mcm puteri dugong plak tepi pantaiii Tue 19-Feb-2008 14:37
Posted by:retna  - [Link]
lar... ni mcm mana gambaq picnic buleh telepaih masuk kt fp mesjid pulak? silap kapai teghebang ka silap ghetapi?
behnya picnic. awat x ajak chek sekali?
Thu 21-Feb-2008 09:59
Posted by:mummy sofie norsham_ms@yahoo.com  - [Link]
>>>yani>>>
alaa yani... pakai photo enhancer jer utk mengeditnya... abg e pun bukannya pandai guna photoshop...


>>>retna>>
tu la retna... banyak betul puteri2 & putera2 dugong landing kat PD hari tu... nasib baik pantai tak tercemar.. hehehe...

>>>mummy sofie>>>
saja abg e letak kat sini sham... senang sikit member2 bloggers ni nak mai cilok gambaq2 depa... abg e saja tak mau letak kat fp lagi satu tuh... personal skit... ceQ saja yg ada permit... hehehe....
Sun 2-Mar-2008 12:18
Posted by:kunadzri  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 9-Feb-2008 19:42 Email | Share | | Bookmark
MASJID JAMEK SULTAN ALAUDDIN RI`AYAT SHAH 1, KG. RAJA, PAGOH, MU

pandangandari aras jalanraya
pandangan sudut hadapan/sisi kiri
pandangan sudut hadapan/sisi kanan
View all 27 photos...
PAGOH, MUAR
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 12.33 tgh - 1.08 ptg

Masjid ini didirikan atas nama Masjid Jamek Kampung Raja, Pagoh.





"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kubur yang cemerlang, Al-Marhum Sultan yang suci, Sultan Alauddin Ibni Sultan Mansur Shah, Ibni Sultan Muzaffar Shah, rahmat daan kesejahteraan Allah barang terlimpah keatas roh mu wahai wali Allah yang terpilih"

Begitulah yang tertulis di dalam bahasa Arab pada batu nisan makam Sultan Alauddin Ri`ayat Shah yang terletak bersebelahan dengan masjid yang Deri kunjungi. Batu nisan ini ditempah khas dari Aceh dan diukir dengan khat kalimah Al-Quran.



Sejarah Sultan
Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1 merupakan sultan Melaka yang ke 7, memerintah dari tahun 1477-1488. Baginda terkenal dengan sikap adil, bertanggungjawab & tidak bergantung kepada Bendahara Tun Perak dalam mentadbir negeri. Semasa hayatnya baginda sering berehat di Kampung Raja. Baginda mangkat disyaki dari perbuatan khianat & jenazahnya disemadikan di sini. Begitu juga dengan permaisuri baginda.

Kampung Raja sudah ada sejak zaman kerajaan Melaka. Sebuah istana pernah ujud di sini. Sultan Ahmad Putera Sultan Mahmud telah berundur & bertahan di Pagoh selepas Melaka dikalahkan oleh Portugis



Senibina masjid.
**Deri tidak dapat mencari keistimewaan yang terdapat di masjid ini. Bentuk senibinanya adalah biasa, mungkin dibina sekitar 1970an untuk menggantikan masjid asalnya yang didirikan daripada kayu lebihkurang 250 meter dari situ. Masjid asalnya dibiarkan usang dan runtuh menyembah bumi.
**Meskipun tempat ini merupakan tempat kunjungan orang ramai, namun pihak berwajib tidak begitu mengambil peduli tentang `ketrampilan' masjid. Ketika Deri berkunjung ke sini, `rupaparas' masjid ini amatlah menyedihkan. Catnya seperti sudah lama benar tidak mendapat sentuhan terkini. Pemandangan di bahagian belakang masjid sangat-sangat memilukan.
**Bahagian dalaman masjid tidak banyak beza dengan masjid-masjid kampung yang lain.
**Pada Deri, sekiranya masjid ini masih bernama Masjid Kampung Raja, mungkin ianya tidak begitu meninggalkan kesan yang ketara. Tetapi kerana ianya sudah bertukar nama kepada Masjid Jamek Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1, maka ianya perlulah dinaiktaraf dari segi fasad luarannya maupun seni hiasan dalamannya.








ish. kesian masjid ni. x dak sapa nk tlg cat ka?
kubah tu kayu ka?
Thu 21-Feb-2008 10:02
Posted by:mummy sofie norsham_ms@yahoo.com  - [Link]
>>>mummy sofie>>>
tu la ceQ oii... abg e pun tak faham la apsal pihak yg berwajib xada inisiatif nak cat sikit masjid tu sedangkan tempat tu adalah tempat tumpuan pelancong... buat malu kompeni saja kan??
~kubah tu rasanya dari logam, kalo xsalah copper... nampak mcm kayu kan?
Sun 2-Mar-2008 12:09
Posted by:kunadzri  - [Link]
apa lar depa ni. rumah sendiri jaga bukan men. tp rumah tuhan ni buat x tau ja
~nmpk mcm papan org duk buat rumah tu. ingtkan depa guna belen papan
Tue 4-Mar-2008 11:30
Posted by:mummy sofie  - [Link]
Add comment


Sunday, 13-Jan-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
MASJID SULTAN ALAEDDIN, JUGRA, SELANGOR DE

pandangan sudut hadapan/sisi kiri
pandangan sudut belakang/sisi kiri
pandangan sudut belakang/sisi kanan
View all 50 photos...
KUALA LANGAT, SELANGOR
Tarikh: Ahad 13 Januari 2008
Masa : 12.00 tgh - 12.50 tgh
( Nota : tarikh tertera di foto tidak betul )





















Sejarah Jugra
Jugra?
Tidak ramai yang tahu di manakah letaknya pekan tersebut. Malahan rakyat negeri Selangor sendiri terpinga-pinga apabila saya bertanyakan tentang lokasinya. Sayang sekali, bagaikan dilupakan begitu sahaja pekan kecil yang amat bersejarah ini.

Jugra terletak di daerah Langat, lebihkurang 10 minit perjalanan dari Pekan Banting. Dahulunya ia merupakan pusat pentadbiran negeri Selangor selepas dipindahkan dari Kuala Selangor & sebelum berpindah ke Kuala Lumpur & kemudiannya ke Shah Alam. Ia pernah menyediakan pelabuhan untuk kapal-kapal yang memudiki Sungai Langat dari Selat Melaka dalam misi perdagangan.

Jugra juga merupakan tempat bersemadinya Al-Marhum Sultan (Sir) Abdul Samad ibni Al-Marhum Raja Abdullah iaitu sultan Selangor yang ke 4 (marhum Jugra). Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, KL yang sangat popular itu telah diberi nama sempena nama baginda.

Sejarah Masjid
Masjid Sultan Alaeddin ini dikenali juga sebagai Masjid Bandar. Ianya dibina semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan (Sir) Alaeddin Sulaiman Shah ibni Al-Marhum Raja Muda Musa, iaitu sultan Selangor yang ke 5 (1863-1938) Baginda merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Abdul Samad. Masjid ini telah dibina pada tahun 1905, seiring dengan pembinaan Istana Bandar bersebelahan dengan tapak masjid. Data tentang arkitek masjid ini tidak diketahui.

Lokasi Masjid
Masjid ini dibina di Kampung Bandar (sekarang Kampung Bandar Bersejarah), Kuala Langat, Selangor, lebihkurang 15-20 minit perjalanan dari Pekan Banting

Senibina Masjid
**Senibina masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. Ianya dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara.
**Sekali pandang pada bentuk masjid, ada imbasan arca istana zaman silam dalam cerita-cerita dongeng Aladdin & Kisah 1001 Malam.
**Banyak pengubahsuaian & tambahan telah dijalankan, terutama sekali pada bahagian dalamannya. Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala sebelah dalam kubah telah dilitupi dengan siling kayu dekoratif, dihiasi dengan motif Kalimah Shahadah & nama-nama Khulafa' Arrasyidin. Bentuk asal kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.
**Kawasan lapang tidak berbumbung yang pada asalnya merupakan laman terbuka tanpa lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin sebagai ruang solat tambahan.
**Bangunan utama masjid yang berkubah dikelilingi oleh dinding tinggi bertingkap jeriji. Di setiap sudut terdapat menara yang sederhana tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula dibina menara azan bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan di puncaknya. Keseluruhannya ibarat kubu kota pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja.

Masjid ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapaktanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba pada 24 Julai 1980.

Quote:
jeff>>> terima kasih jeff.... begitulah harapan dan tujuan saya membuka fp ni....

sitione>>> hai CT... t.kasih singgah fp saya... CT org Banting ekk.. sekarang kat obersi ker? mmg Jugra ni tak ramai org pegi... sbb dia duduk kat ujung jalan.... Kalo pegi sana, mcm pegi dunia lain jek... sunyi... damai....

mummy sofie>>> tu la pasai ceQ oii... raya cina panjang sangat.... gerabak ketapi ceQ naik tu putuih dok kat belakang....ngeh... . Tak pa la ceQ oiii... bila senang baghu tengok... lagi pun fp ni, kadang2 sunyi tak ber up-date pun....
CT tu dia transit sini sat...pastu baru pi fp ceQ...

alamak. chek ni dah tetinggai ghetapi ni. jenoh lar chek nak belek satu2
aik. cik ct wan kembang bkn nama sebenaq pun ada? mcm mana buleh telepaih mai sini? salah kapai teghebang ka ct?
Mon 11-Feb-2008 13:27
Posted by:mummy sofie  - [Link]
aik. awat comment chek x kluaq? hilang p mana plak? hangin betoi dgn fp ni. mmg nk kena bom ni
sekali tgk mcm kek bentuk masjid pulak . pasai kaler dia yg ceria tu kot
karpet dia sempoi. biruuuuuuuuuuuuuuuuuuu mata memandang
kalimah kat siling tu unik pasai salunya org boh kat dinding
tp chek plg suka tang depa guna kayu tu. lar ni bkn snang nk cari masjid kayu. sumanya batu-batan
Thu 21-Feb-2008 10:22
Posted by:mummy sofie norsham_ms@yahoo.com  - [Link]
>>>mummy sofie>>>
abg e pun selalu geram ngan fp nih... esp. masa nak upload gambaq... slalu saja buat hal...
laa... betui la pulak kata ceQ... macam kek icing naa....
abg e ni penggemar senibina dari kayu kayan... kalo interior bangunan kat mana2 depa guna kayu... memang selalunya cantik & menyerlah... pada pandangan abg e lah....
Sun 2-Mar-2008 10:48
Posted by:kunadzri  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Sunday, 30-Dec-2007 10:16 Email | Share | | Bookmark
MASJID SULTAN SULEIMAN, KLANG, SELANGOR DE

ruang solat utama
laluan dari anjung ke rg. solat
kolah wuduk
View all 50 photos...
SENIBINA DALAMAN

KLANG, SELANGOR
Tarikh: Ahad 30 Disember 2007
Masa : 10.15 pg - 12.05 tgh



















bnyk sungguh tiang masjid ni noh? dgn kat kolah wuduk pun ada tiang belambak2
dia punya grill besi pagaq & balkoni tu cantik sungguh
siling tu marble ka?
Thu 21-Feb-2008 10:38
Posted by:mummy sofie  - [Link]
>>>mummy sofie>>>
tiang2 tu semua depa buat sebagai hiasan saja... bukannya structural support... design org putih dulu2 mmg macam tu... grille besi ngan pagaQ tu agaknya lima enam org angkat baru bulih kut... bghat nak mampuih... besi pure punya... kalo jual mesti kaya rayo.... hehehe
siling tu bukan marble... cuma pebble wash layer...
Sun 2-Mar-2008 10:33
Posted by:kunadzri  - [Link]
Add comment


Sunday, 30-Dec-2007 10:15 Email | Share | | Bookmark
MASJID SULTAN SULEIMAN, KLANG, SELANGOR DE

 
 
 
View all 50 photos...
FASAD LUAR

KLANG, SELANGOR
Tarikh: Ahad 30 Disember 2007
Masa : 10.15 pg - 12.05 tgh

















Sejarah masjid
Masjid ini telah dibina pada tahun 1932, sempena pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Ia adalah satu pemberian dari kerajaan British kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke 5. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda sultan pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah.

Masjid ini pernah dijadikan masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dimasyhorkan sebagai Masjid Diraja Klang.

Lokasi Masjid
Masjid ini terletak di Kampung Jawa, Klang, berdekatan dengan Bukit Istana & Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Makam Diraja Klang turut ditempatkan bersebelahan dengan masjid ini.

Senibina Masjid
**Terpegun sebentar Deri bila memandang kepada rekabentuk masjid ini, sangat menarik sekali. Konsep rekabentuknya agak berlainan dari mana-mana masjid yang pernah Deri kunjungi. Dari hasil bacaan, ada yang mengatakan ianya mempunyai pengaruh campuran senibina Islam Moorish dan senibina Inggeris. Ada pula yang mengatakan ianya berkonsepkan Art Deco. kerana elemen dekoratif yang minima digunapakai di sini. Penggunaan geometri yang mudah pada pelan masjid juga menjurus kepada Art Deco.

**Masih terdapat unsur-unsur klasikal terutama pada tiang, namun ianya agak minimal. Kubah masjid berbentuk separuh bulatan (separa hemisfera) berwarna kuning telur (tidak keemasan) Kubah besar ruang solat utama dikelilingi oleh beberapa kubah yang lebih kecil
**Terdapat 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara besar lagi tinggi dibahagian tengah laluan masuk dari anjung utama. Menara ini juga dihiasi dengan kubah kuning di puncaknya.
**Arkitek yang merekabentuk masjid ini ialah L.Keste Vend.
**Masjid ini boleh menampung lebihkurang 1000 jemaah dalam satu masa.
**Masjid yang ada sekarang ini telahpun melalui beberapa proses pengubahsuaian dalaman & dikawasan `courtyard' bangunan asal. Rekabentuk asalnya bagaikan sebuah palang seperti yang selalu digunapakai dalam pelan gereja-gereja di Eropah. Namun sekarang bentuknya sudah kelihatan seperti segi empat.

**Ruang solat utamanya berbentuk oktagon (segi lapan) di bahagian bawah dan mula bertukar ke bentuk bulat pada aras 10 meter. Sebelah dalam kubah utama boleh dinaiki kerana ianya mempunyai dua aras seperti balkoni. Aras keduanya boleh diakses dengan `catladder'. Ada satu lapisan kerangka besi dekoratif dibawah kubah digunakan untuk menyokong `gelas warna' yang disusun ber`pattern'. Apabila cahaya matahari menembusi kubah, kilauan warna-warni akan terpancar di atas lantai ruang solat. Ianya memberi satu impak yang amat menarik.
**Serambi asal masjid juga berbentuk oktagon. Dari ruang solat utama ianya dicabangkan ke empat arah - mihrab, anjung masuk sisi kanan, anjung masuk utama & ke tempat wuduk di sisi kiri, berdekatan dengan Makam Diraja.
**Tempat wuduknya adalah yang asal, tetapi kolah wuduk telahpun diubahsuai. Kolah yang asal berada pada aras tanah. Kolah sekarang telah dinaikkan keparas 600mm dan disediakan pili air.
**Pintu pagar besi dekoratif di setiap laluan masuk ber`arch' adalah yang asal.
**Lantai asal disudahi dengan marmar putih dengan kambi (skirting) marmar setinggi 400mm. Sayang sekali ianya telah ditutupi dengan jubin baru.
**Mihrab telah diubahsuai. Mihrab asal berlantaikan marmar dan mempunyai pancaran cahaya lampu dari lantai tersebut. Sekarang ini, seperti semua masjid-masjid di Malaysia, ruang solat utama sehingga ke mihrab disudahi dengan permaidani. Dinding mihrab disaluti dengan plaster gypsum dekoratif .
**Mimbar kayu keras dengan susur tembaga asli dekoratif adalah yang asal.
**Gelas-gelas berwarna yang terdapat di bahagian atas dinding ruang solat utama adalah yang asal. Ini adalah ciri-ciri rekabentuk gereja-gereja Eropah.
**Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang luas & disediakan rumah petugas-petugas masjid serta wakaf.

Deri amat berterima kasih kepada insan yang memberi banyak info tentang masjid ini ketika melakukan lawatan.

menara hat tinggi tu chek mmg x pnh tgk kat mana2 masjid. salunya menara tu kat church ada lar
betoi kata abg e, mmg unik masjid ni. lain dari yg lain
depa mmg x cat kan masjid ni? (kecuali kubah)
Thu 21-Feb-2008 10:43
Posted by:mummy sofie  - [Link]
>>>mummy sofie>>>
memang betui tu ceQ... menara tu menyerupai menara kat church atau cathedral.... seperti yg abg e ceritakan... masjid ni memang berkonsepkan church design... satu penerapan nilai2 christianity dalam rumah ibadah yg ramai orang melayu & islam tak sedar dulunya... mubaligh kristian ni memang pintar sungguh.....
masjid ni saja depa biarkan tak cat kut... nanti tak nampak klasik pulak...
Sun 2-Mar-2008 10:18
Posted by:kunadzri  - [Link]
Add comment


Sunday, 9-Dec-2007 10:10 Email | Share | | Bookmark
MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR, WP.

kolam aras bawah/timur
lanskap/timur
lanskap/timur
View all 29 photos...
LANSKAP, MAKAM PAHLAWAN & WUDUK

BANDARAYA KL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL.
Tarikh: Isnin 3 Disember 2007
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg

Tarikh: Ahad 9 Disember 2007
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh






















pergh! landskap dia mmg cung-melecung! (dh nama pun masjid negara kan ) salu lalu kut luaq ka. x penah plak masuk dlm
keliling dia mmg ada kolam ka?
tandas tu plak, mana mai?
Thu 21-Feb-2008 11:07
Posted by:mummy sofie  - [Link]
>>>mummy sofie>>
wuisyyyy... kalo ceQ tengok landskap dia... silap haribulan ceQ ingat dok kat taman bunga... mujoq la xdak yang kena tangkap basah kat sini... teeheehee.. kolam2 tu semua kat sebelah depan saja... kat tingkat atas pun ada juga...
haa... musykil pasai tandas tu ka...? tandas tu memang disediakan khas utk orang awam kat aras paling bawah sekali.....
Sun 2-Mar-2008 10:08
Posted by:kunadzri  - [Link]
Add comment


Sunday, 9-Dec-2007 10:05 Email | Share | | Bookmark
MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR, WP.

Ruang solat limpahan
Ruang solat utama/mihrab
Pintu sisi ke rg solat utama
View all 50 photos...
SENIBINA DALAMAN

BANDARAYA KL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL.
Tarikh: Isnin 3 Disember 2007
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg

Tarikh: Ahad 9 Disember 2007
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh




















tu dia. hat ni pun bnyk tiang gak. x dak lar org berebut2 nk duk tepi tiang masa khutbah jemaat
cantik sungguh2... x dpt nak d gambar kan dgn kata2
sliding door tu automatik ka? lg 1 kolam tu. agak2 buleh swimming dak?
Thu 21-Feb-2008 11:20
Posted by:mummy sofie  - [Link]
>>>mummy sofie>>>
abg e ni mmg betui2 tetinggai LRT laa... dah 2 minggu ceQ mai pun abg e tak sedaq2... menyori la naa...
memang saja depa buat banyak tiang... bak kata ceQ la, senang sikit pakat nak sandaq masa khutbah... nak lelap mata pun tak batai ayaq s'yang...
ceQ dok balik KL tu pi la buat lawatan kat masjid negara nih... tapi jaga betui2 la si sofie tu, nnti dia pi swimming dlm kolam tu pulak... hehe
sliding door tu biasa ja ceQ, bukan nya automatik.... tapi bila slide ringan jer...
Sun 2-Mar-2008 09:57
Posted by:kunadzri  - [Link]
Add comment


Sunday, 9-Dec-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR, WP.

pandangan dari luar tapak masjid
menara & anjung selatan
anjung masuk utara
View all 50 photos...
FASAD LUAR

BANDARAYA KL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL.
Tarikh: Isnin 3 Disember 2007
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg

Tarikh: Ahad 9 Disember 2007
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh






















Sejarah & konsep masjid
Sebulan sebelum hari Kemerdekaan, Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terhadap segala jasa beliau kepada rakyat.Niat ini diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja selepas kemerdekaan dan setelah dibina Tunku tidak mahu masjid ini dinamakan sempena nama beliau. Beliau mencadangkan ianya dinamakan `Masjid Negara'.

Tugasan diberikan kepada satu kumpulan arkitek dari Jabatan Kerja Raya Persekutuan yang diketuai oleh Baharuddin Abu Kassim (Dato). Selainnya ialah, Hisham Al-Bakri (Dato) & Howard Ashley (UK). Kajian dilakukan terhadap masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, UEA & Sepanyol.

Akhirnya terlahirlah sebuah masjid yang mempunyai identitinya sendiri & yang terbesar di Asia Tenggara ketika itu. Rekabentuknya moden, dihiasi dengan corak keislaman sambil ada penerapan nilai-nilai senibina tempatan. Rekabentuk moden yang agak unik ini mencakupi ekspresi kontemporari dalam seni kaligrafi & ornamen tradisional Islam.

Kalau dilihat dari penggunaan konkrit tetulang pada keseluruhan struktur masjid, mungkin boleh Deri katakan ianya melambangkan kekuatan & keteguhan rakyat Malaysia selepas merdeka.

Bentuk puncak menara azan & bumbung beropol & bersegi dewan solat utama melambangkan kesetiaan, dipadan dari rupabentuk payung diraja. Menara memberi gambaran payung terkuncup manakala bumbung berupa payung terbuka.

Masjid ini melalui tempuh 2 tahun untuk menyiapkannya iaitu dari tahun 1963 hingga 1965 dan menelan belanja sebanyak 10 juta ringgit.

Lokasi Masjid
Terletak di kawasan seluas 13 ekar di Jalan Perdana, Bandaraya Kuala Lumpur. Ia diapit oleh Bangunan-bangunan Stesen Keretapi (lama) KTM, Kompleks Dayabumi, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung & Taman Tasik Perdana. Bangunan masjid sahaja merangkumi kawasan seluas lebihkurang 3-5 ekar. (Nota: patut la Deri pecah peluh sakan mengambil foto sekeliling masjid...ketaq lutut2... )

Senibina masjid
**Paling ketara pada penglihatan kita adalah menara azan & bumbung(kubah) dewan solat utama masjid. Menara yang berdiri megah di tengah-tengah kolam air pancuran di tingkat atas itu menerjah hingga mencapai ketinggian 245 kaki (73 meter). Lif bertingkap kaca disediakan di dalamnya untuk membawa penumpang ke aras pentas menara pada aras 140 kaki. Tangga pilin juga disediakan. Puncak menara dikemaskinikan dengan mozek kaca putih (white glass mosaic)
**Bumbung/kubah dewan solat utama berbentuk payung kembang, beropol 18-segi dan dibina dari konkrit tetulang. Warna asalnya adalan merah jambu. Selepas pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1987, ianya ditukar kepada mozek kaca hijau & biru. Bumbung ini berukuran 84 kaki tinggi, 200 kaki garispusat dan disokong oleh 16 batang tiang konkrit (3 ka. garispusat). Tiap-tiap tiang berturapkan terrazzo.
**Ruang solat utama seluas 22,500 kaki persegi dapat menampung seramai 3000 jemaah. Disediakan 3 buah pintu besar & sebuah pintu khas bagi kegunaan diraja. Bumbung beropol di atasnya memantulkan cahaya kemerah-merahan di siang hari.
**Mihrabnya telah diubahsuai dari bersegi kepada melengkung dan bertatahkan ayat al-Quran dalam seni khat Morocco. Mimbar pula dibina dari kayu berukir.
**Galeri di aras mezanin dikhaskan untuk muslimah. Galeri ini dihiasi dengan kekisi awan larat bercirikan kebudayaan Islam & dipengaruhi oleh masjid Taj Mahal & Patehphur Sikri di India.
**Ruang solat limpahan yang merupakan beranda/serambi masjid boleh menampung jemaah sehingga 5000 orang. Ruang ini terlindung dari luar oleh tirai kekisi aluminium dengan terawang awan larat keislaman. Lantainya disudahi dengan terrazzo manakala bumbungnya yang dibina dari konkrit tetulang mempunyai beberapa buah kubah kecil yang disudahi dengan mozek biru.
**Satu ruang berbumbung konkrit beropol 7-segi dibina disebelah barat masjid. Ruang ini dinamakan Makam Pahlawan di mana ianya merupakan tempat persemadian 7 orang tokoh-tokoh terbilang di Malaysia. Di bahagian luar makam tersebut merupakan tanah perkuburan Islam untuk orang-orang ternama.
**Lain-lain kemudahan yang disediakan termasuklah Dewan Persidangan, Perpustakaan, Pejabat, Bilik Diraja, Bilik Imam dll. Tandas, bilik mandi & ruang wuduk yang luas dibina diaras bawah. Dewan Persidangan ditempatkan disebelah barat masjid dengan bumbung yang berombak-ombak. Dewan ini dapat menampung kira-kira 500 orang.
**Aras bawah masjid diperindahkan dengan lanskap yang menarik. Kolam yang dibina memanjang & air pancuran yang disediakan begitu mempesonakan. Pokok-pokok palma juga banyak ditanam.

aik. awat x dak gambaq pon? ka mata chek ka yg x brapa nk nmpk? Sun 27-Jan-2008 09:09
Posted by:mummy sofie  - [Link]
tu la yang geram nih...dari kemaghin nak masuk gambaq tak dapat....aduiii...sabaq ceq sabaq..... Sun 27-Jan-2008 13:27
Posted by:kunadzri  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.