Want your
own Fotopage?







 
Kunadzri's Fotopages

By: kunadzri yahaya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Thursday, 26-Feb-2009 10:37 Email | Share | | Bookmark
MASJID TENGKERA, MELAKA

 
 
 
View all 61 photos...
SIRI JELAJAH MASJID MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
15-17 Disember 2007


MELAKA BDR. BERSEJARAH.
Tarikh: Isnin, 17 Disember 2007
Masa : 7.13 pg - 8.13 pg

INFO AKAN DIMASUKKAN BILA ADA KELAPANGAN...


Pandangan hadapan dari pintu masuk utama


Pandangan dari arah kubur


Pintu gerbang


Ruang solat luar


Pandangan arah mihrab & mimbar


Mimbar antik yang amat menarik

Care to comment?


Wednesday, 25-Feb-2009 15:47 Email | Share | | Bookmark
MASJID SELAT, MELAKA

 
 
 
View all 54 photos...
SIRI JELAJAH MASJID MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
15-17 Disember 2007


MELAKA BDR. BERSEJARAH.
Tarikh: Ahad, 16 Disember 2007
Masa : 2.18 ptg - 3.19 ptg




Catatan sejarah menunjukkan bahawa masjid-masjid di negeri Melaka telah mula dibina sejak kurun ke14 lagi iaitu sebelum kedatangan Parameswara. Masjid-masjid ini dibina oleh masyarakat Islam yang wujud di sepanjang pantai Melaka.

Deri ingin berkongsi tentang keindahan sebuah masjid terapung yang moden, dibina oleh kerajaan negeri di Pulau Melaka, iaitu sebuah pulau buatan manusia, satu kawasan tanah tambak yang mengunjur ke laut selat Melaka, di Melaka Tengah. Masjid ini di namakan Masjid Selat ( The Strait Mosque ).

Tidak banyak info yang Deri dapat tentang masjid moden yang unik ini. Jadi buat masa ini memadailah Deri muatkan nota dari pandangan Deri sendiri serta muatkan di sini foto-foto menarik yang Deri rakamkan semasa lawatan kesana.

Sedikit sebanyak nota dari sudut senibina :
FASAD LUAR
**Rekabentuk masjid ini berkonsepkan senibina masjid lama negeri Melaka. Paling ketara sekali di mana kedudukan menara azannya jauh terpisah dari bangunan utama masjid. Menara ini terletak di sebelah kanan laluan ke pintu masuk utama.
**Rekabentuknya kelihatan agak simple, tidak berserabut dan amat menarik sekali. Bangunan utamanya yang memuatkan ruang solat & dek/serambi tinjau diperindahkan dengan sebuah kubah besar, satu-satunya kubah yang terdapat di masjid ini. Kubah yang berwarna keemasan & dibaluti dengan warna biru bercorak ini diapit oleh 4 buah menara kecil di setiap sudut.
**Arch besar yang memaparkan cermin bercorak & berwarna-warni menghiasi ruang tengah setiap fasad. Ada sesetengah bahagian diselangseli dengan lattice besi keluli/aluminium bermotifkan corak islam yang menarik.
**Menara azan/utama menirus kepuncak pada ketinggian 2 kali ganda bangunan utama. manakala menara-menara kecil pula disudahi dengan bumbung genting merah yang mempunyai bentuk bumbung masjid lama.
**Keempat-empat fasad utama masjid memaparkan ciri-ciri yang sama, namun tidak serupa jika diamati secara terperinci.
**Bangunan khas yang menempatkan tandas serta tempat wuduk lelaki & wanita dibina berasingan di kiri & kanan laluan masuk ke ruang solat utama & dihubungkan dengan laluan pejalan kaki bertutup.
**Seperti kebanyakkan masjid-masjid di Malaysia, tempat letak kasut kerangka besi `tangkap muat' disediakan di laluan pejalan kaki tersebut, sesuatu yang Deri rasa tidak harus berlaku dalam senibina sebuah masjid yang gah & menelan belanja yang besar.
**Masjid ini dibina bertongkahkan cerucuk konkrit tetulang & mengunjur ke laut. Ia akan kelihatan seperti terapung di permukaan air laut Selat Melaka apabila air pasang. Namun Deri tidak berpeluang untuk berada dalam situasi begini. Deri akan datang lagi ke sini jika diizinkan Allah untuk menikmati waktu matahari terbenam & air pasang.

REKABENTUK DALAMAN
**Rekabentuk dalamannya juga simple tetapi berkesan & praktikal. Kubah utamanya disokong oleh 4 buah tiang konkrit berbentuk silinder bertapak empat segi sama. Sebuah chandelier yang sederhana besar tergantung di bahagian tengah kubah yang dicorak dengan warna biru tua.
**Selain dari ruang solat utama di aras bawah, ruang solat tambahan disediakan di aras mezanin untuk menampung lebihan jemaah. Namun Deri berpendapat bahawa aras ini belum lagi digunakan memandangkan masjid ini agak terpencil dari kesibukan masyarakat bandar.
**Mimbar masjid diperbuat dari kayu yang diukir sederhana kehalusan seninya dan bentuknya seakan-akan menara yang berbumbung & berkubah bawang biru.
**Suasana tenang & nyaman terasa sekali semasa berada di dalam ruang solat utama terutamanya ketika angin laut bertiup sepoi2 bahasa merentasi ruang tersebut.
**Dek/serambi tinjau disediakan di sekeliling bangunan utama masjid sebagai tempat berehat sambil menikmati pemandangan indah Selat Melaka.




Terfikir sejenak di fikiran Deri. Apakah rasanya menunaikan solat sunat tahajjud dipenghujung malam diruang solat masjid terapung ini? Mungkinkah kekhusyukkannya bertambah...ataupun sebaliknya? Dalam keadaan terapung-apung begini, kemungkinan besar fikiran kita juga turut hanyut entah kemana bersama-sama deruan ombak & air laut Selat Melaka....

Care to comment?


Tuesday, 24-Feb-2009 15:38 Email | Share | | Bookmark
MASJID AL-KHAIRIAH, KAMPUNG TELUK MAS, MELAKA

hadapan/sisi kiri
hadapan/sisi kanan
belakang
View all 12 photos...
SIRI JELAJAH MASJID MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
15-17 Disember 2007


TELUK MAS, MELAKA BDR. BERSEJARAH.
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 4.24 ptg - 4.30 ptg

INFO AKAN DIMASUKKAN BILA ADA KELAPANGAN...


Pandangan dari Jalan Utama


Menara & kubah bertingkat

Care to comment?


Tuesday, 24-Feb-2009 15:32 Email | Share | | Bookmark
MAKAM SULTAN ALI, KAMPUNG UMBAI PANTAI, MELAKA

 
 
 
View all 6 photos...
SIRI JELAJAH MASJID MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
15-17 Disember 2007


UMBAI, MELAKA BDR. BERSEJARAH.
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 4.03 ptg - 4.17 ptg

INFO AKAN DIMASUKKAN BILA ADA KELAPANGAN...





Care to comment?


Tuesday, 24-Feb-2009 15:12 Email | Share | | Bookmark
MASJID JAMEK KAMPUNG UMBAI PANTAI, MELAKA

 
 
 
View all 22 photos...
SIRI JELAJAH MASJID MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
15-17 Disember 2007


UMBAI, MELAKA BDR. BERSEJARAH.
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 4.03 ptg - 4.17 ptg

INFO AKAN DIMASUKKAN BILA ADA KELAPANGAN...


Pandangan hadapan dari Jalan utama


Kubah bertingkat

Care to comment?


Tuesday, 24-Feb-2009 06:36 Email | Share | | Bookmark
MASJID JAMEK KAMPUNG SEMPANG, MERLIMAU, MELAKA

 
 
 
View all 25 photos...
SIRI JELAJAH MASJID MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
15-17 Disember 2007


MERLIMAU, MELAKA BDR. BERSEJARAH.
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 3.09 ptg - 3.19 ptg

INFO AKAN DIMASUKKAN BILA ADA KELAPANGAN...


Pandangan Hadapan dari jalan Merlimau/Melaka


Pandangan belakang


Ruang solat & mimbar antik

Care to comment?


Tuesday, 24-Feb-2009 06:18 Email | Share | | Bookmark
MASJID SOLIHIN, SEBATU, MERLIMAU, MELAKA

 
 
 
View all 30 photos...
SIRI JELAJAH MASJID MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
15-17 Disember 2007


MERLIMAU, MELAKA BDR. BERSEJARAH.
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 2.47 ptg - 2.56 ptg

INFO AKAN DIMASUKKAN BILA ADA KELAPANGAN...


Pandangan dari Jalan Merlimau/Melaka


Mimbar antik

Care to comment?


Tuesday, 24-Feb-2009 06:11 Email | Share | | Bookmark
MASJID JAMEK SUNGAI RAMBAI, MERLIMAU, MELAKA

 
 
 
View all 4 photos...
SIRI JELAJAH MASJID MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
15-17 Disember 2007


MERLIMAU, MELAKA BDR. BERSEJARAH.
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 2.41 ptg - 2.44 ptg




Care to comment?


Monday, 23-Feb-2009 16:17 Email | Share | | Bookmark
MASJID JAMEK AT-TAQWA, TANJUNG GADING BARAT, BT. 5, MUAR, JOHOR

hadapan
ruang parking yang luas
masjid lama
View all 17 photos...
DARI PAGOH KE MERLIMAU - 15 Disember 2007

MUAR, JOHOR DT.
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 2.26 ptg - 2.35 ptg

Dari Bukit Pasir menuju ke Melaka, sekali lagi Deri berhenti mengambil foto. Kali ini Deri singgah di Masjid At-Taqwa yang agak menarik perhatian. Sayang sekali semua pintu berkunci. Jadi Deri hanya dapat mengambil foto di bahagian luar masjid sahaja. Walau bagaimanapun, foto bahagian dalamannya dapat juga Deri snap beberapa keping melalui pintu kaca yang ber`tinted' biru. Jadi, foto-fotonya kurang jelas sedikit.

Masjid ini dirasmikan oleh DYAM Tengku Mahkota Johor iaitu Tengku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj pada hari Jumaat 27 Februari 2004 (6 Muharram 1425).

Bersebelahan dengan masjid ini adalah masjid lama yang terbiar tidak digunakan langsung. Sayang sekali, ianya sudah kelihatan usang dan hanya menanti hari-hari untuk menyembah bumi sekiranya ia terus diabaikan. Deri tertarik dengan menara azannya yang unik.


Masjid baru dgn ruang letak kereta yang luas


Masjid lama berlatarbelakangkan masjid At-Taqwa

Care to comment?


Monday, 23-Feb-2009 09:07 Email | Share | | Bookmark
MASJID JAMEK BUKIT PASIR, MUAR, JOHOR DT.

masjid lama
hadapan masjid baru
anjung hadapan
View all 5 photos...
DARI PAGOH KE MERLIMAU - 15 Disember 2007

MUAR, JOHOR DT.
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 2.01 ptg - 2.05 ptg

Setelah memandu selama lebihkurang 20 minit dari Pagoh, melalui jalan biasa menuju ke Muar/Melaka, pandangan Deri tertumpu pada sebuah masjid disebelah kiri jalan semasa melewati Bukit Pasir. Masjid ini hanyalah masjid yang biasa saja binaannya, cuma kelihatan agak agam sedikit di sebabkan ianya didirikan di sebelah masjid lama yang agak sederhana ketinggiannya. Jadi, perbandingan akal terjadi secara otomatis yang mana melahirkan satu persepsi yang spontan. Gerakhati juga menyebabkan Deri memberhentikan kereta untuk mengambil beberapa keping foto.

Masjid Jamek Bukit Pasir ini didirikan berkembar dengan masjid lamanya dan di'link' kan kedua-duanya. Rasa Deri masjid lamanya digunakan sebagai kelas agama. (Deri tidak sempat untuk berlama-lamaan di sini untuk membuat `survey' kerana kesuntukkan masa. Deri perlu berada di Melaka sebelum pukul 3 petang).

Namun dari pemerhatian yang singkat, masjid lama ini mempunyai kubah berbentuk payung separa tertutup yang bercirikan senibina 1960an, seperti Masjid Negara. Inspirasinya mungkin datang dari sana.

Masjid baru pula bercirikan senibina 1980an, dengan bumbung limas berkubah `bawang' di puncaknya. Bahan binaan bumbungnya adalah dari jenis `profiled metal decking' berwarna biru dan kubahnya juga becat biru. Perincian dari sudut binaan agak mudah dan elemen-elemen estetik dalam senibina adalah amat terhad. Tiang & arches yang diilhamkan adalah sesuatu yang biasa sekitar tahun 80an. Namun, Deri kira ianya dibina dengan kadar kos yang terhad. Sekiranya kos yang tinggi dilaburkan, disusuli dengan penggunaan bahan binaan yang mahal, masjid ini akan kelihatan begitu majestik sekali apatah lagi dengan ketinggian yang sediada. Sedikit pengubahsuaian akan memberi impression yang amat berbeza.

Itu hanyalah dari persepsi senibina menurut kacamata Deri. Namun apa yang penting adalah dari segi pengisian masjid itu, dari segi jumlah jemaahnya dan bagaimana masjid itu diimarahkan.


Pandangan masjid (baru)


Pandangan masjid (lama)

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.