|
|
| Friday, 20-Feb-2009 14:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID JAMEK KG. OLAK SEPAM, PAGOH, MUAR
|
|
DARI PAGOH KE MERLIMAU - 15 Disember 2007
PAGOH, MUAR, JOHOR DT.
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 1.34 ptg - 1.40 ptg
Dari masjid lama Kg. Olak Sepam, Deri berpatah balik menuju Pekan Pagoh. Hajat di hati ingin terus menuju ke Melaka melalui Bandar Muar. Tapi rasa tidak lengkap pula lawatan ke Olak Sepam tanpa menjengok masjid barunya yang dibina beberapa kilometer saja dari masjid lama. Lalu, sebaik sahaja Deri terpandang akan kelibat kubahnya, terus sahaja Deri membelok kearah masjid.
Tidak ada apa-apa unsur yang menarik dari sudut senibina pada masjid baru ini. Ianya hanya dibina bagi menggantikan masjid lama yang selalu sahaja dinaiki air sungai yang melimpah apabila musim tengkujuh melanda. Kemuncaknya apabila Pagoh dilanda banjir besar pada tahun 1971, sepertimana yang telah Deri huraikan sebelum ini. Cuma bumbung kubahnya sahaja berserta dengan menara kecil difasad hadapan dibina dengan menerapkan ciri-ciri masjid lama. Bumbungnya menggunakan bahan dari `metal deck' berwarna maroon.
Kerana masa begitu suntuk Deri hanya singgah sebentar sahaja, sekadar mengambil 5 keping gambar dibahagian luar masjid.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Feb-2009 16:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID (LAMA) KG. OLAK SEPAM, PAGOH, MUAR
|
|
DARI PAGOH KE MERLIMAU - 15 Disember 2007
PAGOH, MUAR, JOHOR DT.
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 1.15 ptg - 1.30 ptg
Ketika berada di Masjid Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1, Deri bertemu dengan bilal masjid tersebut. Beliau menyarankan kepada Deri untuk bertandang ke Kg. Olak Sepam yg jaraknya lebihkurang 7 minit perjalanan dari Kg. Raja kerana katanya di sana terdapat sebuah masjid lama yg sudahpun ditinggalkan tetapi telahpun dipulihara olek pihak berwajib. Tanpa melengahkan masa Deri pun bertolak ke sana.
Kampung ini terletak di penghujung jalan, di tepi sungai Muar yang ketika itu airnya melimpah keluar dari tebing. Pagoh baru saja lepas dilanda banjir dan Kampung Olak Sepam masih digenangi air sungai di beberapa tempat. Persekitaran masjid ini agak terpelihara. Sebuah rumah kayu setingkat terletak berdekatan dengan masjid, namun Deri tidak bertemu dengan penghuninya. Secara rasminya, masjid ini tidak lagi digunakan kerana sebuah masjid baru telah dibina tidak jauh dari situ.
Sejarah masjid
Masjid ini telah dibina pada tahun 1931 di atas tapak masjid yang asal dan telah diperbesarkan 30 tahun kemudiannya. Air pasang & banjir besar yang melanda pada tahun 1971 telah menenggelamkan keseluruhan ruang solat masjid ini. Oleh kerana itu sebuah masjid baru telah dibina di satu tapak yang lebih tinggi untuk mengelak dari tragidi yang serupa berulang.
Setelah begitu lama ditinggalkan tanpa jagaan, masjid lama ini menjadi usang dan hampir musnah. Tindakan pintar yang diambil oleh pihak Jabatan Muzium & Antikuiti (JMA), mungkin daripada aduan orang-orang kampung yang perihatin, telah menyelamatkan masjid yang bersejarah ini dari musnah begitu saja. Kerja-kerja pemuliharaan (konservasi) telah dilakukan dengan mengekalkan rekabentuk asalnya dan siap sepenuhnya pada 12 April 2003. Ianya kini menjadi salah satu dari warisan sejarah negeri Johor.
Masjid lama Kg Olak Sepam ini telah dirasmikan pada 14 Oktober 2003 (18 Sya`ban 1424) oleh Menteri Besar Johor ketika itu, YAB. Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman.
Senibina masjid- Dari kacamata DERI
**Dalam pemerhatian Deri, masjid ini mempunyai pengaruh Inggeris pada struktur tiang dan dinding batu bata di bahagian luarnya sehinggalah ke dinding `parapet'nya yang dihiasi dengan`decorative precast concrete balusters'.
**Sentuhan ciri-ciri senibina tempatan terletak pada pintu dan tingkap masjid sementara sedikit sentuhan senibina Aceh diterapkan pada bumbung dua tingkatnya yang beratap genting marsille.
**Kelihatan unjuran `lidah' yang agak ringkas pada 4 penjuru bumbung atas serta tunjuk langit sepertimana yang terdapat pada masjid-masjid di Melaka.
**Menara yang menonjol keluar dari bumbung belakang masjid tidaklah begitu ketara dari segi ketinggiannya. Bentuknya empat segi sama, dikelilingi dengan balustrade (mungkin konkrit) dan berkubah bentuk buah pear di puncak bumbung konkritnya.
**Hanya sebuah sahaja kubah yang sederhana besarnya menghiasi masjid ini pada bahagian atas bumbung mihrab.
**Bahagian dalaman masjid dipenuhi dengan tiang-tiang konkrit yang agak dekat jaraknya. Jarak bersih antara lantai & siling hanya lebihkurang 3.5 meter sahaja. Lantainya disudahi dengan lepa simen dan siling bahagian tengah masjid disudahi dengan kayu jalur.
** Tingkap kayu mempunyai jeriji kayu dekoratif di paras bawah, satu penerapan ciri-ciri senibina rumah melayu lama.
** Keseluruhannya masjid ini agak `simple', berbentuk empat segi panjang dengan bahagian mihrab saja yang terkeluar, tetapi sangat unik serta menarik sekali
Nota: Kg. Olak Sepam terletak lebihkurang 28 Km dari Pekan Pagoh.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Mar-2008 15:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
WARGA Msjbox DI RUMAH SDR. KASSIM SELAMAT
|
|
Tarikh : Ahad 23 Mac 2008
Lokasi : Bandar Rinching, Semenyih
|
|
|
|
|
|
| Monday, 18-Feb-2008 21:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
WARGA Msjbox DI PORT DICKSON
|
|
HARI KEDUA
Tarikh : Ahad 17 Feb. 2008
Lokasi : Pantai Telok Kemang
|
|
|
|
|
|
| Monday, 18-Feb-2008 20:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
WARGA Msjbox DI PORT DICKSON
|
|
HARI PERTAMA
Tarikh : Sabtu 16 Feb. 2008
Lokasi : Pantai Seri Purnama
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Feb-2008 19:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID JAMEK SULTAN ALAUDDIN RI`AYAT SHAH 1, KG. RAJA, PAGOH
|
 |
|
pandangandari aras jalanraya
|
|
 |
|
pandangan sudut hadapan/sisi kiri
|
|
 |
|
pandangan sudut hadapan/sisi kanan
|
| | View all 27 photos... |
|
DARI PAGOH KE MERLIMAU - 15 Disember 2007
PAGOH, MUAR
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 12.33 tgh - 1.08 ptg
Masjid ini didirikan atas nama Masjid Jamek Kampung Raja, Pagoh.
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah. Inilah kubur yang cemerlang, Al-Marhum Sultan yang suci, Sultan Alauddin Ibni Sultan Mansur Shah, Ibni Sultan Muzaffar Shah, rahmat daan kesejahteraan Allah barang terlimpah keatas roh mu wahai wali Allah yang terpilih"
Begitulah yang tertulis di dalam bahasa Arab pada batu nisan makam Sultan Alauddin Ri`ayat Shah yang terletak bersebelahan dengan masjid yang Deri kunjungi. Batu nisan ini ditempah khas dari Aceh dan diukir dengan khat kalimah Al-Quran.
Sejarah Sultan
Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1 merupakan sultan Melaka yang ke 7, memerintah dari tahun 1477-1488. Baginda terkenal dengan sikap adil, bertanggungjawab & tidak bergantung kepada Bendahara Tun Perak dalam mentadbir negeri. Semasa hayatnya baginda sering berehat di Kampung Raja. Baginda mangkat disyaki dari perbuatan khianat & jenazahnya disemadikan di sini. Begitu juga dengan permaisuri baginda.
Kampung Raja sudah ada sejak zaman kerajaan Melaka. Sebuah istana pernah ujud di sini. Sultan Ahmad Putera Sultan Mahmud telah berundur & bertahan di Pagoh selepas Melaka dikalahkan oleh Portugis
Senibina masjid.
**Deri tidak dapat mencari keistimewaan yang terdapat di masjid ini. Bentuk senibinanya adalah biasa, mungkin dibina sekitar 1970an untuk menggantikan masjid asalnya yang didirikan daripada kayu lebihkurang 250 meter dari situ. Masjid asalnya dibiarkan usang dan runtuh menyembah bumi.
**Meskipun tempat ini merupakan tempat kunjungan orang ramai, namun pihak berwajib tidak begitu mengambil peduli tentang `ketrampilan' masjid. Ketika Deri berkunjung ke sini, `rupaparas' masjid ini amatlah menyedihkan. Catnya seperti sudah lama benar tidak mendapat sentuhan terkini. Pemandangan di bahagian belakang masjid sangat-sangat memilukan.
**Bahagian dalaman masjid tidak banyak beza dengan masjid-masjid kampung yang lain.
**Pada Deri, sekiranya masjid ini masih bernama Masjid Kampung Raja, mungkin ianya tidak begitu meninggalkan kesan yang ketara. Tetapi kerana ianya sudah bertukar nama kepada Masjid Jamek Sultan Alauddin Ri`ayat Shah 1, maka ianya perlulah dinaiktaraf dari segi fasad luarannya maupun seni hiasan dalamannya.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 13-Jan-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID SULTAN ALAEDDIN, JUGRA, SELANGOR DE
|
 |
|
pandangan sudut hadapan/sisi kiri
|
|
 |
|
pandangan sudut belakang/sisi kiri
|
|
 |
|
pandangan sudut belakang/sisi kanan
|
| | View all 50 photos... |
|
KUALA LANGAT, SELANGOR
Tarikh: Ahad 13 Januari 2008
Masa : 12.00 tgh - 12.50 tgh
( Nota : tarikh tertera di foto tidak betul )
Sejarah Jugra
Jugra?
Tidak ramai yang tahu di manakah letaknya pekan tersebut. Malahan rakyat negeri Selangor sendiri terpinga-pinga apabila saya bertanyakan tentang lokasinya. Sayang sekali, bagaikan dilupakan begitu sahaja pekan kecil yang amat bersejarah ini.
Jugra terletak di daerah Langat, lebihkurang 10 minit perjalanan dari Pekan Banting. Dahulunya ia merupakan pusat pentadbiran negeri Selangor selepas dipindahkan dari Kuala Selangor & sebelum berpindah ke Kuala Lumpur & kemudiannya ke Shah Alam. Ia pernah menyediakan pelabuhan untuk kapal-kapal yang memudiki Sungai Langat dari Selat Melaka dalam misi perdagangan.
Jugra juga merupakan tempat bersemadinya Al-Marhum Sultan (Sir) Abdul Samad ibni Al-Marhum Raja Abdullah iaitu sultan Selangor yang ke 4 (marhum Jugra). Bangunan Sultan Abdul Samad di Dataran Merdeka, KL yang sangat popular itu telah diberi nama sempena nama baginda.
Sejarah Masjid
Masjid Sultan Alaeddin ini dikenali juga sebagai Masjid Bandar. Ianya dibina semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan (Sir) Alaeddin Sulaiman Shah ibni Al-Marhum Raja Muda Musa, iaitu sultan Selangor yang ke 5 (1863-1938) Baginda merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Abdul Samad. Masjid ini telah dibina pada tahun 1905, seiring dengan pembinaan Istana Bandar bersebelahan dengan tapak masjid. Data tentang arkitek masjid ini tidak diketahui.
Lokasi Masjid
Masjid ini dibina di Kampung Bandar (sekarang Kampung Bandar Bersejarah), Kuala Langat, Selangor, lebihkurang 15-20 minit perjalanan dari Pekan Banting
Senibina Masjid
**Senibina masjid ini mempunyai ciri-ciri rekabentuk campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. Ianya dikatakan mempunyai pengaruh senibina pemerintahan Deli di Medan, Sumatera Utara.
**Sekali pandang pada bentuk masjid, ada imbasan arca istana zaman silam dalam cerita-cerita dongeng Aladdin & Kisah 1001 Malam.
**Banyak pengubahsuaian & tambahan telah dijalankan, terutama sekali pada bahagian dalamannya. Keseluruhan dinding dalaman telah disolek dengan penyudah kayu beralur, manakala sebelah dalam kubah telah dilitupi dengan siling kayu dekoratif, dihiasi dengan motif Kalimah Shahadah & nama-nama Khulafa' Arrasyidin. Bentuk asal kubah dari dalam sudah tidak kelihatan lagi.
**Kawasan lapang tidak berbumbung yang pada asalnya merupakan laman terbuka tanpa lantai telah diratakan dan disudahi dengan lantai jubin sebagai ruang solat tambahan.
**Bangunan utama masjid yang berkubah dikelilingi oleh dinding tinggi bertingkap jeriji. Di setiap sudut terdapat menara yang sederhana tingginya. Di tengah dinding bahagian hadapan masjid pula dibina menara azan bersegi delapan yang mempunyai dua aras tinjauan, berkubah keemasan di puncaknya. Keseluruhannya ibarat kubu kota pertahanan yang mengelilingi sebuah istana raja.
Masjid ini telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapaktanah Bersejarah di bawah Akta Bendapurba pada 24 Julai 1980.
| Quote: | jeff>>> terima kasih jeff.... begitulah harapan dan tujuan saya membuka fp ni....
sitione>>> hai CT... t.kasih singgah fp saya... CT org Banting ekk.. sekarang kat obersi ker? mmg Jugra ni tak ramai org pegi... sbb dia duduk kat ujung jalan.... Kalo pegi sana, mcm pegi dunia lain jek... sunyi... damai....
mummy sofie>>> tu la pasai ceQ oii... raya cina panjang sangat.... gerabak ketapi ceQ naik tu putuih dok kat belakang....ngeh... . Tak pa la ceQ oiii... bila senang baghu tengok... lagi pun fp ni, kadang2 sunyi tak ber up-date pun....
CT tu dia transit sini sat...pastu baru pi fp ceQ... |
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Dec-2007 10:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID SULTAN SULEIMAN, KLANG, SELANGOR DE
|
|
SENIBINA DALAMAN
KLANG, SELANGOR
Tarikh: Ahad 30 Disember 2007
Masa : 10.15 pg - 12.05 tgh
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Dec-2007 10:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID SULTAN SULEIMAN, KLANG, SELANGOR DE
|
|
FASAD LUAR
KLANG, SELANGOR
Tarikh: Ahad 30 Disember 2007
Masa : 10.15 pg - 12.05 tgh
Sejarah masjid
Masjid ini telah dibina pada tahun 1932, sempena pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Ia adalah satu pemberian dari kerajaan British kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke 5. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda sultan pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah.
Masjid ini pernah dijadikan masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dimasyhorkan sebagai Masjid Diraja Klang.
Lokasi Masjid
Masjid ini terletak di Kampung Jawa, Klang, berdekatan dengan Bukit Istana & Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Makam Diraja Klang turut ditempatkan bersebelahan dengan masjid ini.
Senibina Masjid
**Terpegun sebentar Deri bila memandang kepada rekabentuk masjid ini, sangat menarik sekali. Konsep rekabentuknya agak berlainan dari mana-mana masjid yang pernah Deri kunjungi. Dari hasil bacaan, ada yang mengatakan ianya mempunyai pengaruh campuran senibina Islam Moorish dan senibina Inggeris. Ada pula yang mengatakan ianya berkonsepkan Art Deco. kerana elemen dekoratif yang minima digunapakai di sini. Penggunaan geometri yang mudah pada pelan masjid juga menjurus kepada Art Deco.
**Masih terdapat unsur-unsur klasikal terutama pada tiang, namun ianya agak minimal. Kubah masjid berbentuk separuh bulatan (separa hemisfera) berwarna kuning telur (tidak keemasan) Kubah besar ruang solat utama dikelilingi oleh beberapa kubah yang lebih kecil
**Terdapat 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara besar lagi tinggi dibahagian tengah laluan masuk dari anjung utama. Menara ini juga dihiasi dengan kubah kuning di puncaknya.
**Arkitek yang merekabentuk masjid ini ialah L.Keste Vend.
**Masjid ini boleh menampung lebihkurang 1000 jemaah dalam satu masa.
**Masjid yang ada sekarang ini telahpun melalui beberapa proses pengubahsuaian dalaman & dikawasan `courtyard' bangunan asal. Rekabentuk asalnya bagaikan sebuah palang seperti yang selalu digunapakai dalam pelan gereja-gereja di Eropah. Namun sekarang bentuknya sudah kelihatan seperti segi empat.
**Ruang solat utamanya berbentuk oktagon (segi lapan) di bahagian bawah dan mula bertukar ke bentuk bulat pada aras 10 meter. Sebelah dalam kubah utama boleh dinaiki kerana ianya mempunyai dua aras seperti balkoni. Aras keduanya boleh diakses dengan `catladder'. Ada satu lapisan kerangka besi dekoratif dibawah kubah digunakan untuk menyokong `gelas warna' yang disusun ber`pattern'. Apabila cahaya matahari menembusi kubah, kilauan warna-warni akan terpancar di atas lantai ruang solat. Ianya memberi satu impak yang amat menarik.
**Serambi asal masjid juga berbentuk oktagon. Dari ruang solat utama ianya dicabangkan ke empat arah - mihrab, anjung masuk sisi kanan, anjung masuk utama & ke tempat wuduk di sisi kiri, berdekatan dengan Makam Diraja.
**Tempat wuduknya adalah yang asal, tetapi kolah wuduk telahpun diubahsuai. Kolah yang asal berada pada aras tanah. Kolah sekarang telah dinaikkan keparas 600mm dan disediakan pili air.
**Pintu pagar besi dekoratif di setiap laluan masuk ber`arch' adalah yang asal.
**Lantai asal disudahi dengan marmar putih dengan kambi (skirting) marmar setinggi 400mm. Sayang sekali ianya telah ditutupi dengan jubin baru.
**Mihrab telah diubahsuai. Mihrab asal berlantaikan marmar dan mempunyai pancaran cahaya lampu dari lantai tersebut. Sekarang ini, seperti semua masjid-masjid di Malaysia, ruang solat utama sehingga ke mihrab disudahi dengan permaidani. Dinding mihrab disaluti dengan plaster gypsum dekoratif .
**Mimbar kayu keras dengan susur tembaga asli dekoratif adalah yang asal.
**Gelas-gelas berwarna yang terdapat di bahagian atas dinding ruang solat utama adalah yang asal. Ini adalah ciri-ciri rekabentuk gereja-gereja Eropah.
**Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang luas & disediakan rumah petugas-petugas masjid serta wakaf.
Deri amat berterima kasih kepada insan yang memberi banyak info tentang masjid ini ketika melakukan lawatan.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Dec-2007 10:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR, WP.
|
|
LANSKAP, MAKAM PAHLAWAN & WUDUK
BANDARAYA KL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL.
Tarikh: Isnin 3 Disember 2007
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg
Tarikh: Ahad 9 Disember 2007
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh
|
|
|
|