|
|
| Sunday, 9-Dec-2007 10:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR, WP.
|
|
SENIBINA DALAMAN
BANDARAYA KL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL.
Tarikh: Isnin 3 Disember 2007
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg
Tarikh: Ahad 9 Disember 2007
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Dec-2007 10:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR, WP.
|
|
FASAD LUAR
BANDARAYA KL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL.
Tarikh: Isnin 3 Disember 2007
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg
Tarikh: Ahad 9 Disember 2007
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh
Sejarah & konsep masjid
Sebulan sebelum hari Kemerdekaan, Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terhadap segala jasa beliau kepada rakyat.Niat ini diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja selepas kemerdekaan dan setelah dibina Tunku tidak mahu masjid ini dinamakan sempena nama beliau. Beliau mencadangkan ianya dinamakan `Masjid Negara'.
Tugasan diberikan kepada satu kumpulan arkitek dari Jabatan Kerja Raya Persekutuan yang diketuai oleh Baharuddin Abu Kassim (Dato). Selainnya ialah, Hisham Al-Bakri (Dato) & Howard Ashley (UK). Kajian dilakukan terhadap masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, UEA & Sepanyol.
Akhirnya terlahirlah sebuah masjid yang mempunyai identitinya sendiri & yang terbesar di Asia Tenggara ketika itu. Rekabentuknya moden, dihiasi dengan corak keislaman sambil ada penerapan nilai-nilai senibina tempatan. Rekabentuk moden yang agak unik ini mencakupi ekspresi kontemporari dalam seni kaligrafi & ornamen tradisional Islam.
Kalau dilihat dari penggunaan konkrit tetulang pada keseluruhan struktur masjid, mungkin boleh Deri katakan ianya melambangkan kekuatan & keteguhan rakyat Malaysia selepas merdeka.
Bentuk puncak menara azan & bumbung beropol & bersegi dewan solat utama melambangkan kesetiaan, dipadan dari rupabentuk payung diraja. Menara memberi gambaran payung terkuncup manakala bumbung berupa payung terbuka.
Masjid ini melalui tempuh 2 tahun untuk menyiapkannya iaitu dari tahun 1963 hingga 1965 dan menelan belanja sebanyak 10 juta ringgit.
Lokasi Masjid
Terletak di kawasan seluas 13 ekar di Jalan Perdana, Bandaraya Kuala Lumpur. Ia diapit oleh Bangunan-bangunan Stesen Keretapi (lama) KTM, Kompleks Dayabumi, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung & Taman Tasik Perdana. Bangunan masjid sahaja merangkumi kawasan seluas lebihkurang 3-5 ekar. (Nota: patut la Deri pecah peluh sakan mengambil foto sekeliling masjid...ketaq lutut2... )
Senibina masjid
**Paling ketara pada penglihatan kita adalah menara azan & bumbung(kubah) dewan solat utama masjid. Menara yang berdiri megah di tengah-tengah kolam air pancuran di tingkat atas itu menerjah hingga mencapai ketinggian 245 kaki (73 meter). Lif bertingkap kaca disediakan di dalamnya untuk membawa penumpang ke aras pentas menara pada aras 140 kaki. Tangga pilin juga disediakan. Puncak menara dikemaskinikan dengan mozek kaca putih (white glass mosaic)
**Bumbung/kubah dewan solat utama berbentuk payung kembang, beropol 18-segi dan dibina dari konkrit tetulang. Warna asalnya adalan merah jambu. Selepas pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1987, ianya ditukar kepada mozek kaca hijau & biru. Bumbung ini berukuran 84 kaki tinggi, 200 kaki garispusat dan disokong oleh 16 batang tiang konkrit (3 ka. garispusat). Tiap-tiap tiang berturapkan terrazzo.
**Ruang solat utama seluas 22,500 kaki persegi dapat menampung seramai 3000 jemaah. Disediakan 3 buah pintu besar & sebuah pintu khas bagi kegunaan diraja. Bumbung beropol di atasnya memantulkan cahaya kemerah-merahan di siang hari.
**Mihrabnya telah diubahsuai dari bersegi kepada melengkung dan bertatahkan ayat al-Quran dalam seni khat Morocco. Mimbar pula dibina dari kayu berukir.
**Galeri di aras mezanin dikhaskan untuk muslimah. Galeri ini dihiasi dengan kekisi awan larat bercirikan kebudayaan Islam & dipengaruhi oleh masjid Taj Mahal & Patehphur Sikri di India.
**Ruang solat limpahan yang merupakan beranda/serambi masjid boleh menampung jemaah sehingga 5000 orang. Ruang ini terlindung dari luar oleh tirai kekisi aluminium dengan terawang awan larat keislaman. Lantainya disudahi dengan terrazzo manakala bumbungnya yang dibina dari konkrit tetulang mempunyai beberapa buah kubah kecil yang disudahi dengan mozek biru.
**Satu ruang berbumbung konkrit beropol 7-segi dibina disebelah barat masjid. Ruang ini dinamakan Makam Pahlawan di mana ianya merupakan tempat persemadian 7 orang tokoh-tokoh terbilang di Malaysia. Di bahagian luar makam tersebut merupakan tanah perkuburan Islam untuk orang-orang ternama.
**Lain-lain kemudahan yang disediakan termasuklah Dewan Persidangan, Perpustakaan, Pejabat, Bilik Diraja, Bilik Imam dll. Tandas, bilik mandi & ruang wuduk yang luas dibina diaras bawah. Dewan Persidangan ditempatkan disebelah barat masjid dengan bumbung yang berombak-ombak. Dewan ini dapat menampung kira-kira 500 orang.
**Aras bawah masjid diperindahkan dengan lanskap yang menarik. Kolam yang dibina memanjang & air pancuran yang disediakan begitu mempesonakan. Pokok-pokok palma juga banyak ditanam.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 3-Dec-2007 10:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ADIK YANI & FAMILI TURUN MAI KL
|
|
Kemaghin Deri baghu balik dari Johoq...JB. Letih jugak sebab pi sana buat banyak qajja. Tangkap gambaq mesjid sampai 5 buah kat JB & 2 buah kat Muar. Dok kelibing kok JB saja meghata ceghok. Sesat jangan kigha la....sampai nak masuk pi ke Singapo!! Mana perghnah mai JB ni sejak Dida umoq 3 taun (taun 1987). Balik daghi JB kona pi ke Sedenak, Kulai...caghi ghumah memba blogger, oghang gelaq dia Cik Mat Gebu...Dalam pukui 6 baghu bertolak daghi sana. Jam pulak daghi Seremban ke Nilai. Sampai ghumah pukui 10.30 malam.
Adik Yani, Bakaq, Zafri, Juddin & Siti mai sini pada Sabtu, 1 Dis, haghi kami pi Johoq. Nasib baik abang Mi ada sini. Dia la yang dok bawak depa sekeluarga jalan-jalan di KL. Mola2 tu Yani dah tak jadi mai pasai tak dak teket bas. Tapi las2 kena mai jugak dengan kegheta pasai Zafri dok sedih tak bulih melawat Pusat Sains Negara. Ya lah....dah plen lama dah.....mana tak sedih.
Haghi ni (Isnin/Senin...oghang Pdg Pauh dulu2 kata haghi Senayan) nak pi qajja pun malaih, jadi call opis habaq kata nak cuti emergensi. La ni pun bukannya ada qajja sangat kat opis. Dok melangut saja memanjang......Jadi nak cuti tu tak dak masalah lah. Lagi pun dok teghingat nak bawak depa jalan-jalan. Isok depa nak balik dah. Yani ada la dok habaq yang Zafri & Juddin nak pi melawat Tugu Negara.
Dalam pukui 10 pagi Deri bawak la depa pi. Lala pun ikut sama. Siti tu syok sangat kat Lala sampai tak mau duduk kat mak dia....Ingatkan haghi Senin ni tak ghamai oghang, ghupanya meleset tekaan Deri. Mengamut pelancong luaq....Mat2 & minah2 saleh sampai 5, 6 biji bas...Yang best tu Juddin pi bisik kat Yani..."Mama, mat saleh tu seksi la"...he he...budak2 pun peghasan ....Tapi yang mai tu kebanyakkannya patrons, tua2 belaka.
Lepaih tu Deri bawak depa pi jalan kok Tasik Perdana, masuk kok Taman Burung, Taman Orkid (lalu saja) dan Planetarium Negara. Cadang nak singgah kat Planetarium tapi haghi Senin tutup. Akhirnya kami singgah melawat Muzium Islam. Ingat tak bukak sebab sunyi saja...ghupa2 nya memang gitu, tak ghamai pelawat. Dok pusing2 situ dalam sejam setengah ada la....Lepaih tu Deri bawak depa pi Masjid Negara, sambil melawat Makam Pahlawan. Sambil2 tu dan la jugak Deri tangkap gambaq mesjid untuk nak bubuh dalam blog. Lepaih sembahyang dan tangkap gambaq (tapi tak habih la....nanti nak mai lagi sekali) kami pun balik.....penat jugak.
Adik Yani, Zafri, Juddin & Lala singgah kat Giant Supermarket, beli mainan kat depa. Bakaq tak pi, sebab Siti tidoq. Kami balik ghumah dulu......Lapaq tak sangga. Sejam lebih lepaih tu baghu pi ambik depa. Sakan jugak membeli dua begadik tu....Balik dok rum...rum..main kegheta kontrol. Seghonok kita bila tengok depa seghonok.....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Dec-2007 18:10 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID JAMEK KAMPUNG AIR MANIS, BT. 30, KULAI, JOHOR DT
|
|
Dalam perjalanan pulang dari Sedenak, setelah melewati Pekan Air Bemban, Deri ternampak sebuah surau di sebelah kanan jalan lalu memberhentikan kereta untuk mengambil sekeping gambar. Surau ini adalah surau Kampung Air Bemban.
Masjid Jamek Kampung Air Manis terletak di sebelah kanan jalan juga. Masjid ini Deri dah nampak semasa melalui jalan yang sama untuk ke Sedenak tadi. Dari segi senibina masjid, tidak ada apa-apa yang istimewa. Segala keperluan asas untuk sebuah masjid disediakan.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Dec-2007 17:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID JAMEK AS-SOLIHIN, KG. BARU SEDENAK, KULAI, JOHOR DT.
|
|
Sejenak di Sedenak......
Kalaulah tidak kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan blogger di situ, mungkin tidak sampai Deri kat tempat yang agak jauh juga dari jalan besar. Untuk ke Sedenak, kita perlu memandu lebihkurang 10 Km mendaki bukit melalui ladang kelapa sawit, dari jalan besar ke JB dari Pekan Air Bemban.
Masjid As-Solihin ini tidak jauh beza bentuknya jika dibandingkan dengan sebuah banglo setingkat. Yang membezakannya adalah anjung konkritnya yang terdapat sebuah kubah berbentuk bawang besar/labu berwarna emas di atasnya. Terdapat juga sebuah menara kerangka besi keluli yang diletakkan sebuah kubah bawang kecil berwarna emas di puncaknya. Kedua-dua kubah inilah yang menyerlahkan keunikkan masjid ini. Kawasan lapang di sisi kiri masjid di tarkan untuk kemudahan letak kereta.
Masjid ini Deri kira memerlukan sedikit kos untuk dicat baru dibahagian luarnya kerana warna lamanya sudahpun pudar dan terkopek di sesetengah tempat, terutama di bahagian anjung dan dapur/tandas.
Perkara yang perlu diberikan perhatian mungkin juga sistem sanitarinya kerana bahang bauan yang kurang enak menusuk deria dengan kuat sekali. Maaf ye orang-orang Sedenak. Kebenaran itu kadang2 susah untuk ditelan.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Dec-2007 14:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID JAMEK UNGKU TUN AMINAH, KG. PASIR, JB., JOHOR DT
|
|
Semasa nak balik KL dari Danga Bay, JB. kami anak beghanak lalu kok jalan pintas ke Senai/ Lebuhraya JB-KL. Dalam dok tinjau2 cari stesen minyak Shell, terpandanglah akan mesjid ni. Dekat pulak tu dengan stesen minyak. ....Jadi, kami pun beghenti rehat & solat jamaq qasar kat sini sebelum meneruskan perjalanan.
Dipapantanda terukir ; Batu asas bangunan masjid ini telah diletakkan oleh yang amat berhormat Dato' Haji Othman bin Hj. Mohd Saat, Menteri Besar Johor pada hari Jumaat, 24 Jamadilakhir 1387, bersamaan dengan 29hb. September 1967. Allah peliharakan Sultan.
Kubah mesjid berbentuk payung mengambil inspirasi dari senibina masjid negara rasanya. Bumbung anjung asal berbentuk minangkabau. Tapi anjung tambahan telah di `perspexkan'. Bentuk modennya tidak seiring dengan yang asal. Pada Deri, itulah yang kecacatan yang selalu terdapat pada bahagian tambahan dimana-mana masjid pun di negara kita ini. Bahagian tambahan jarang sangat mengambil kira tentang keserasian ataupun harmoninya dengan bangunan asal. Mungkin ianya tidak ada perancangan awal ataupun disebabkan kos pembinaan yang tidak mencukupi. Apa pun, bersyukurlah....
Selepas rehat Deri pi isi minyak Shell(isi penuh) dan meneruskan perjalanan pulang. Namun ada sedikit perubahan.....pakat dok ajak singgah di Sedenak......jumpa kawan baghu....OK, tak ada masalah. La ni pun awai lagi.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Dec-2007 13:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
RUMAH LIMAS, DANGA BAY, JB, JOHOR DT.
|
|
Jalan-jalan kat Danga Bay setelah letih ronda JB. Singgah makan tengah haghi sama. Oghang kata kat sini mahal makanan yang dijual, walaupun kat food court. Memang mahal pun......makan mee bandung special, tapi tak la sesedap mana pun. Anak-anak pakat makan nasi ayam. Lala tak makan langsung.. ..dia ni memang jarang berselera. Dia cuma berselera beli & baca Bintang Kecil.
Lepas makan baru pi melawat tapak rumah2 limas dekat2 situ. Sempat posing sana-sini dengan Deeda & Yah. Leeina & Lala duduk rehat dalam kereta. Panas lit-lit masa tu. Tak dak masa nak intai sampai dalam ghumah. Kalau Deri pi soghang2, memang habis Deri teroka luaq dalam. Memang minat sangat ngan ghumah melayu lama, penuh dengan keseniannya.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Dec-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID INDIA, JOHOR BAHRU, JOHOR DT
|
|
Masa pusing-pusing dalam bandaq JB, Deri terpandang pada kubah dan menara mesjid India yang menarik ni. Caghi jalan kesana, tak la susah sangat. Mesjid ni terletak dikawasan bandaq JB yang lama rasanya, sebab sedeghet bangunan kat depan dia tu adalah bangunan2 lama zaman British.
Deri tak masuk ke dalam sebab nampak macam bertutup rapat. Lagipun depa dok ghesah dah dalam kereta....asyik beghenti sana, beghenti sini. ....Dari luaq nampak macam mesjid ni 3 tingkat. Selalunya dimana-mana pun mesjid India akan di bina beberapa tingkat untuk memuatkan ruang2 keperluan lain disebabkan kawasan tapak mesjid yang
terhad.
Masjid ni mempunyai sentuhan bahan2 binaan yang agak moden. Cayalah....
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Dec-2007 09:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID (NEGERI) SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU, JOHOR DT
|
 |
|
Laluan pejalan kaki ke anjung masuk utama
|
|
 |
|
dari kawasan lapang sisi kanan
|
|
 |
|
menara sisi kanan
|
| | View all 47 photos... |
|
KUNJUNGAN KEDUA**PAGI
FASAD LUAR
JOHOR BAHRU, JOHOR DT
Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 9.55 pg - 11.45 pg
Senibina
**Tidak ada data sebenar tentang arkitek masjid ini. Namun data sejarah mengatakan bahawa Juruteranya ialah Dato' Yahya bin Awaludin. Senibentuknya pula diawasi oleh Batwif Hj. Mohamed Arif bin Punak.
**Satu rangkaian senibina Islam Muslim Moorish, Persia & Klasik Eropah. Ciri-ciri senibina tempatan hampir tidak kelihatan.
**Bangunan utama masjid berbentuk segi empat tidak sama, memanjang ke qiblat & ditutupi dengan bumbung limas tunggal.
**4 buah menara yang menarik dibina pada setiap sisi bangunan utama. Menara di sisi kanan merupakan anjung masuk utama masjid. Menara ini & juga menara di sisi kiri mempunyai 4 aras yang berbentuk segi empat diaras bawah & aras 1 sementara bentuk segi lapan diaras 2 & 3. Ia disudahi dengan puncak yang berkubah segi lapan berwarna hitam. Katanya ini adalah ciri-ciri senibina Persia.
** Menara-menara tersebut diperindahkan dengan elemen-elemen senibina klasik eropah (lebih kepada era Renaissance) seperti `decorative mouldings', `entablatures' yang merangkumi `architrave, frieze & cornice', ornaments, decorative pillars, `balusters & balustrades' dan sebagainya. Pelengkung ciri Romawi (Roman arch) juga diterapkan pada aras bawah menara.
**Tiang-tiang yang padat di luar & dalam masjid berciri Romawi adalah pengaruh Eropah Klasik era Renaissance
**Diceritakan bahawa masjid ini dibina dengan adunan putih telur untuk menguatkan lagi struktur bangunan. Begitu juga pada masjid-masjid lama yang lain.
Masjid ini begitu istimewa bagi Deri. Ada rasa ketenangan jiwa. Ada rasa sesuatu yang menusuk kedalam hati ketika berada di sini. Pemandangannya indah, cuaca di luar yang panas tidak terasa bahangnya bila berada di dalam...nyaman...
Waktu malam lagi terasa nikmatnya....
| Quote: |
mummy sofie: *dewan ni tak diberitahu apa fungsinya....tapi rasa deri la, selalunya depa guna utk meraikan sesuatu majlis formal (sbb masjid ni adalah masjid negeri Johor) kerajaan ataupun adat istiadat di raja.
*pintu grille selalu digunakan pada masjid2 lama era british. nanti deri akan buat n3 utk masjid sultan Alaeddin di Jugra, Selangor & masjid Sultan Sulaiman di Klang...ceq akan nampak grille digunakan disemua pintu masuk. mungkin masa tu byk. binatang2 liar kut...grille ni besi asli yang tersangatlah beratnya ceq oii.... |
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Dec-2007 09:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MASJID (NEGERI) SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU, JOHOR DT
|
|
KUNJUNGAN KEDUA**PAGI
SENIBINA DALAMAN
JOHOR BAHRU, JOHOR DT
Tarikh: Ahad 2 Disember 2007
Masa : 9.55 pg - 11.45 pg
Senibina Dalaman
**Tiang-tiang yang padat di luar & dalam masjid berciri Romawi adalah pengaruh Eropah Klasik era Renaissance
**Batu marmar asli yang digunakan sebagai lantai dalaman & tangga-tangga masjid adalah marmar yang di bawa masuk dari Italy.
**Mimbar(Altar) logam antik berwarna kuning keemasan & disudahi dengan ukiran halus & indah adalah mimbar yang dibeli dari Turki.
**Satu perkara yang berlainan pada masjid ini adalah dengan adanya "Tempat Bara ( Essence Burner)" yang ditempatkan di pintu masuk bahagian belakang dewan solat utama. Ianya berwarna kuning keemasan & dibeli dari negeri China.
**Tempat wuduk asalnya dibina disebelah bawah supaya kebersihan terjamin. Ianya terbuka tanpa dinding. Di situ juga disediakan satu ambin(bangku besar) untuk musafir berhenti rehat maupun tidur. Namun, setelah tambahan bangunan dilakukan, bahangian wuduk ditutup & dibesarkan. Tingkat atas dibina sebagai ruang solat tambahan.
**Keluasan masjid ini dapat menampung 3000 jemaah dalam satu masa.
| Quote: | mummy soffie: tak pa....ceq tengok la slow2...deri ni lama2 skali baghu buat n3. Gambaq berbakui-bakui, tp nak celah caghi masa tu yg susah....nak buat n3 kat blog lagi, kat fp yg satu lagi tu....tp kan, deri really appreciate dgn konsistensi ceq dok mai tgk gambag2 masjid ni...nanti bila pi penang, we will pay ur family a visit klu diizinkan, insya-Allah.
|
| Quote: | mummy Irdina&Arissa: terima kasih kerana sudi menjengok.
mummy sofie: wuisyy..mimbar dia mmg hebat...seni ukiran halus logam...kalau sewa buat pelamin tak laghat nak bayaq aih...... essence burner tu depa guna utk bakaq pewangi, bolehjadi kemiyan & lain2 jenis pewangi dulukala kut...chandelier tu kalau dulu2 punya standard kira hebat tak sangga la....
**tak pa la ceq...satu hari nanti, ada masa dan ketikanya ceq akan sampai jugak kemasjid2 ni, rezeki dah Allah tentukan...
**rumah kampung, jalan lecah, rumah berkuap x dak aircond tu permainan hidup deri jugak....deri ni budak bendang pure punya, ceq pun kalah tau....itu semua x dak hal pnyer ....janji aman... |
|
|
|
|
|