Want your
own Fotopage?







 
Kunadzri's Fotopages

By: kunadzri yahaya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]
Sunday, 2-Dec-2007 09:30 Email | Share | | Bookmark
MASJID KOLAM AIR, JOHOR BAHRU, JOHOR DT

Papantanda masjid
Pandangan hadapan
Pandangan hadapan
View all 18 photos...
Awai-awai lagi kami dah check-out dari hotel sebab nak pi jalan-jalan, then teghus balik KL. Dok plan nak tangkap gambaq masjid Sultan Abu Bakar diwaktu siang pulak. Malam tadi tangkap dah dari senja sampai malam. Selain daghi tu, anak anak pun nak pi jalan meghata tempat jugak.
Tengah jalan, singgah tangkap gambaq mesjid Kolam Air. Malam tadi masa lalu kok ni dah terpandang mesjid ni. Mesjid ni cukup simple tapi unik. Menara dia menarik perhatian Deri. Ruang solat utama sangat lapang. Di sediakan aras mezanin untuk muslimah. Dan(sempat) juga bersembang dengan salah seorang petugas kat situ. Dia approach Deri sebab dok klik sana, klik sini.....lain macam saja....skeptikal kut....Habaq la kat dia tugasan Deri ni, baghu la nampak dia senyum sikit. Deri sedaq yang la ni dalam mesjid pun banyak baghang2 lesap...pasai tu lah petugas mesjid mesti berhati-hati.
Petugas tu bagitau yang ada sebuah lagi mesjid yang sebijik macam mesjid ni kat Johor ni. Tapi tak ingat pulak Deri mesjid mana. (tak bawa buku nota masa tu). Mesjid Kolam Air ni dirasmikan sekitar tahun 1987 katanya.
Teghima kasih ya di atas info yang diberi....lupa nak tanya nama petugas tu....

Masa tengah dok cakap dengan dia, imam masjid lalu jauh sikit daghi situ(as informed by petugas tu)...Muda juga oghangnya. Deri senyum & bagi salam pelan2, tapi tengok macam serius saja, tak balas senyum pun....so, what else should I do.....terus saja Deri belah. Immediately my mood was gone! Deri senang depressed dengan orang yang susah membalas senyuman orang lain. Terdetik di dalam hati ini...berapakah sebenarnya harga sebuah senyuman?

Care to comment?


Saturday, 1-Dec-2007 18:30 Email | Share | | Bookmark
MASJID (NEGERI) SULTAN ABU BAKAR, JOHOR BAHRU, JOHOR DT

Pandangan sisi kanan
Pandangan sudut sisi kanan/belakang
Pandangan sisi kanan
View all 42 photos...
KUNJUNGAN PERTAMA**SENJA**MALAM
JOHOR BAHRU, JOHOR DT
Tarikh: Sabtu 1 Disember 2007
Masa : 6.30 ptg - 8.00 mlm.

Sejarah Sultan
Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar ibni Al-Marhum Temenggung Daeng Ibrahim (1833-1895) yang di gelar "The Father of Modern Johor" memerintah Johor dari 1862-1895. Baginda mendapat pendidikkan barat, selalu melawat eropah terutamanya UK & sahabat kepada Queen Victoria ketika itu. Baginda dikurniakan gelaran "Emperor of Johor (Maharaja Johor)" pada tahun 1868 dan ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1886.
Pada tahun 1885 Johor menandatangani perjanjian dengan UK & telah diiktiraf sebagai "Independent State", diberi mandat untuk memerintah dengan sendirinya. Tidak seperti negeri-negeri lain yang menerima pegawai British sebagai `Penasihat (Advisor)', baginda melantik pegawai British sebagai `Perunding (Consultant)' sahaja. Jadi, segala cadangan pegawai tersebut tidak perlu diterimapakai bulat-bulat. Baginda menaikkan bendera Johor lebih tinggi drpd. bendera British.

Sejarah Masjid.
**Sebaik saja ibukota kerajaan Johor dipindahkan dari Teluk Belanga di Singapura ke Tanjung Puteri, yang kemudiannya dinamakan Johor Bahru, sekitar 1866 oleh Sultan Abu Bakar, ekonomi mula berkembang pesat. Pelbagai bangunan dibina, termasuklah masjid yang indah ini.
**Dengan titah baginda, batu asas masjid ini diletakkan pada 26 Julai 1892 (1 Muharram 1310) dan kerja-kerja binaan bermula setahun kemudiannya (1893 @ 1311)
**Masjid ini siap & dirasmikan lapan tahun kemudiannya, iaitu pada 2 Februari 1900 (1 Syawal 1319), bermula dengan solat Jumaat.
**Ianya dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Ibrahim. Turut sama ketika itu ialah Menteri Besar Johor, Dato' Jaafar bin Haji Mohamed, ayahanda kepada Dato' Onn Jaafar.
**Kos pembinaannya dikatakan mencecah $400,000.00 ringgit ketika itu.

Lokasi masjid
**Di atas sebuah bukit kecil berhampiran dengan Pantai Lido yang menhadap ke Selat Tebrau, selat pemisah daratan Malaysia & Singapura.
**Di Jalan Masjid Sultan Abu Bakar, 80990 Johor Bahru, bersebelahan dengan Zoo JB & Kompleks Islam Johor.
**Pemandangan menghala ke Singapura dari masjid ini amat mendamaikan.

Quote:
mummy sofie: betui ceq kata tu....mcm bulan purnama....
*tingkap masjid camtu, so far yg deri dok pi la, mmg x dak lagi kat mana2. kat melaka ada jugak stail tkp rumah kampung, tp lain skit....masa depa buat masjid ni dulu, mmg depa masukkan elemen rumah melayu lama kut.....


gambaq no 2 tu, kalau buang besi yg duk support lampu tu, sebijik nampak macam bulan!
tingkap masjid tu nampak mcm ghumah kampung dulu2 pulak. elok betoi. ghasanya, x dak mesjid yg ada tingkap mcm tu
tempat amek ayaq semayang tambahan tu mmg lain daghi yg lain. kat luaq masjid!
Tue 15-Jan-2008 15:54
Posted by:mummy sofie  - [Link]
Add comment


Saturday, 1-Dec-2007 11:30 Email | Share | | Bookmark
MASJID SULTAN ISMAIL, MUAR, JOHOR DT

Batutanda
Pandangan sisi kanan
Dari parkir kereta
View all 55 photos...
MUAR, JOHOR DT
Tarikh: Sabtu 1 Disember 2007
Masa : 11.29 pg - 11.54 pg.

Lepaih releks sat kat tepi sungai dalam kawasan masjid Sultan Ibrahim, Deri pun bertolak pi ke sebeghang sungai Muar, ke Tanjung Agas. Jari dah gatai nak tangkap gambaq masjid Sultan Ismail pulak. Lagipun dok kecemaih sikit pasai masa semakin suntuk ni. Pukui 3 ptg nak kena ada kat JB. Kalut jugak la dibuatnya....
Sampai kat sana, Deri soghang saja yang tughun kereta. Depa semua dah letih, pakat dok lepak kat dalam saja. Dalam masa 25 minit saja dah cover semua angle, luaq dalam....penat bukan main...Dah la kalut, panas lit-lit pulak tu...meghelit muka nih. Tak apa....puas hati dapat sampai sini...Tapi ghalat sikit sebab lupa nak tengok papan perasmian... siapa rasmi & dalam tahun berapa?? Cek dalam internet, ada kata siap pada tahun 1999 & ada pulak kata 2002. Nanti nak sughuh Hafiz pi cek bila dia balik Muar nanti....

Ramai orang Muar menamakan masjid ni sebagai Masjid Sultan Ibrahim 2 sebab segala ciri2 yang terdapat di sini merupakan satu replika kpd Masjid Jamek Sultan Ibrahim (MJSI) di seberang sungai, cuma ianya dibina lebih besar, luas, tinggi & agam lagi.

Lokasi:- Di kawasan perindustrian Muar, Tanjung Agas, iaitu di tebing utara sungai Muar. Dari Tangkak ke bandar Muar ianya berada di sebelah kanan jalan sebelum merentasi jambatan Sultan Ismail (jambatan pertama). Kedudukannya bertentangan dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim di seberang sungai.

Kapasiti:- Masjid ini katanya dapat memuatkan 5000 jemaah.

Senibina :-
**Replika kepada masjid Jamek Sultan Ibrahim (MJSI), bercirikan senibina Inggeris.
** Menara azannya lebih besar & setingkat lebih tinggi drpd MJSI.
**Rekabentuk dalamannya juga menerapkan nilai2 senibina dalaman MJSI. Perbezaan hanyalah dari segi bahan binaan, saiz & kehalusan seni pembuatannya.
**Siling di sini adalah siling plaster gypsum yang bercorak sedangkan siling di MJSI masih menggunakan siling fibreboard 4x4 ber`beading' kayu yang dicat. Bentuk/corak pintu2 masuk di sekeliling ruang solat utama adalah serupa dengan MJSI.
**Tiang2 Roman yang berjejeran di dalam ruang solat utama juga adalah versi yg sama, cuma di sini ianya berfungsi sebagai struktur penyokong tingkat mezanin & juga bumbung sedangkan di MJSI ianya sebagai penongkah bumbung sahaja.
**Bentuk dan saiz mimbar seakan-akan sama, tetapi tidak seiras. Kedudukan tangganya adalah serupa. Yang ketara berbeza adalah bahan buatannya serta seni ukirannya yang mana di sini ianya diperbuat drpd. kayu berukir halus sedangkan di MJSI ia dibuat dari logam yang diukir juga.
**Ruang wuduk berbentuk bulat di kedua-dua masjid. Namun di sini ianya berbumbung kubah sedangkan diMJSI ruang wuduknya dibiarkan lopong utk menerima air hujan.
**Kedua-dua masjid dicat dengan warna yang serupa iaitu putih & biru.

Quote:

jeff: terima kasih jengok sini. selalu nampak kat fpages mummysofie. memang kedua-dua masjid kat muar tu menarik. sekali pandang x mcm masjid. btw foto2 kat fpages jeff berkualiti tinggi. semua cantik2. SLR digital camera mmg hebat. saya ambil gmbr pakai kamera digital compact yg kokak saja....asalkan ada gmbr...

Quote:

mummy sofie:mmg bnyk masjid2 yg cantik kat m'sia ni. masjid2 lama bnyk yg unik. deri ambik gambaq bnyk dah, tp x cukup masa nak buat n3. tq 4 de wish. deri pun harap ceQ sekeluarga sentiasa ceria dan bahagia selalu di tahun 2008 & juga pd tahun2 yg mendatang.

salam tuan ghumah . cantik betoi mesjid ni. sekali tengok, macam miniture yg orang duk buat untuk show unit tu. kat johor mesjid dia cantik2 sunggoh noh? kagum gila chek tengok
happy new year to u & family. wishing u a good health, great wealth & bontifull of happiness in 2008!
Wed 2-Jan-2008 14:59
Posted by:mummy sofie  - [Link]
terima kasih
Wed 6-May-2009 09:21
Posted by:unnamed
terima kasih
Wed 6-May-2009 09:21
Posted by:unnamed
View all 4 comments Add comment


Saturday, 1-Dec-2007 10:30 Email | Share | | Bookmark
MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM, MUAR, JOHOR DT.

Pandangan sisi kiri-hujung A
Anjung masuk-Sisi kiri
Anjung masuk-Sisi kiri
View all 75 photos...
MUAR, JOHOR DT
Tarikh: Sabtu 1 Disember 2007
Masa : 10.30 pg - 11.20 pg0

Masjid ini adalah salah satu masjid yang tercatat di dalam `wish list' Deri. Memang dok terketaq-ketaq nak pi sebab dok dengaq ceghita dia memang best. Masjid lama zaman British dulu ni....Mana tau kut-kut depa renovate ka, apa ka...tak dapat la Deri nak jamah kesenian asalnya.
Bila sampai saja kat Muar, masa dok kat atas jambatan sungai Muar tu dah nampak dari jauh mesjid ni. Di seberang sana pula nampak tersergam indah masjid Sultan Ismail, ia itu replika masjid Sultan Ibrahim ini, cuma ia lebih besar dan gah. Berhenti sat kat bandar, call Hafiz tanya dia macammana nak menuju ke mesjid tu sebab jalan dia banyak jalan sehala. Dah dapat petunjuk tu, sekali gus saja pandu, sampai la Deri anak beghanak.
Macam tak percaya Deri dah sampai kesini.....
Seghonok bukan main.
Sayang sikit sebab masa tu ada kursus motivasi remaja....jadi penuh dengan kereta. Tak dapatlah nak ambil good shots. Anyway...ia tak lah menjejaskan sangat `sessi fotografi' Deri.
Angin dari laut bertiup agak kencang sampai tangan dok pegang kamera ni pun tak stable. Habih satu mesjid tu Deri keliling. Ruang dalaman pun habih ronda. Memang best, tak dapat nak ceghita. Senibina dia memang hebat.
[color=blue][b]Info masjid :

*Di bina pada sekitar 1927
*Dirasmikan oleh Tengku Mahkota (Sultan Ismail) pada 28 Feb. 1930.
*Senibina Inggeris berbumbung limas beratap genting lama.
*Parapet yang agak tinggi sekeliling bangunan.
*Di hiasi dengan tiang roman diluar & dalam.
*Ruang wuduk terbuka, tidak berbumbung di atas kolah besar berbentuk bulat
*Mimbar logam antik. (kena cari maklumat)

Kalau ada rezeki, nak mai lagi...Bangunan lama kat Muar ni cantik2...nak ambik gambaq pun tak dan sebab kalut nak pi Johor Bahru


Quote:
mummy sofie : ni belajaq jawab cara ceq la....dulu x tau guna..ha ha ...mmg betui ceq cakap. masjid ni nmpak mcm bangunan sejarah lama. Lagi satu ceq betui, mmg masjid bnyak & besaq...tapi ogang tak dak, esp solat 5 waqtu.


Quote:
mummy sofie : tu la ceQ oii, salin kucing tu menunjukkan cara ceQ tu mmg baguih sgt.....nak lain skit deri bagi kaler merah...baghu ceria skit...hi hi...Deri balik Perglih dulu lepaih ghaya, ada hal `las menet'....dah tak meriah jadinya. Gambaq pun tak tangkap. Tapi gambaq masjid mmg banyak trmasuk masjid zahir & al-Bukhary kat Aloq Setaq.
La ni ada lebih 30 buah masjid yg dah tangkap gambaq, tapi masa x dak nak buat n3

amboi2... 'salin kucing' nampak . bila nak upload gambaq2 mesjid yg baghu? kalu buleh, boh lar sekali gambaq ghaya haji kat kampung sekeluarga. musti meghiyah noh? Fri 28-Dec-2007 14:12
Posted by:mummy sofie  - [Link]
masjid ni mmg byk keseniannya...www.ilusikreatif.com Fri 7-Mar-2008 20:01
Posted by:sarel cyrexzumn@yahoo.com  - [Link]
it's okay ..... Sun 22-Mar-2009 09:34
Posted by:jack jack@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Saturday, 17-Nov-2007 12:30 Email | Share | | Bookmark
Masjid Lentang, Pahang

Pandangan Belakang
Pandangan Belakang
Pandangan Hadapan
View all 11 photos...
Singgah sat di Masjid Lentang ni masa balik dari Ketari, Bentong. Bukannya beghnti solat, tak masuk waqtu lehoq lagi. Saja-saja nak tangkap gambaq, nak tambah koleksi gambaq mesjid. Banyak kali dah dok lalu kok ni tapi segan nak singgah. Mesjid ni sunyi sikit, ghasa seghun jugak. Kalau lepas Isya' tu nak singgah soghang-soghang pikiq dua tiga kali jugak la.... Keliling dia lapang, tapi tak dak ghumah dekat-dekat situ. Lepas kawasan lapang tu, hutan tebai. Yang syok sekali tu ghona dia la...ghona ros(pink) habih!! Ghasanya baghu cat.....Tinjau jugak nama mesjid tapi tak kelih pun. Depa tak dan nak tulih lagi kut. Deri paling suka sekali dia punya mineret. Posisi dia agak jauh dari bangunan, macam mesjid lama Melaka. Cadang nak keghabat jugak, tapi gayat. Lagipun kedeghat pun dah kughang la ni. Sat ni sampai atas dok teketaq-ketaq soghang-soghang nak buat macam mana?

Baguih arr, write-up hang, Ku Nadzri. Aku suka baca loghat Utara. Hang memang brilliant, noo? Aku raser tak daq oghang len tulih laghu ni. Keep up the good work, naa? Wed 21-Nov-2007 07:41
Posted by:zai  - [Link]
nice photos and good dialect! idop oghang utagha! Sun 25-Nov-2007 08:31
Posted by:mummy sofie  - [Link]
deri! bila nak update ni? Sun 9-Dec-2007 07:19
Posted by:mummy sofie  - [Link]
Add comment


Thursday, 18-Oct-2007 12:50 Email | Share | | Bookmark
Masjid Bandar Lama Bentong, Pahang

Pandangan hadapan dari jalan besar
Pandangan sisi kanan
Kubah dan bumbung asal
View all 9 photos...
La ni mesjid ni dah ditukaq kegunaannya menjadi Pusat Dakwah Daerah Bentong. Bangunan asai tak diubah, tapi banyak tambahan dibuat dikeliling dia. Deri tak masuk ke dalam pun, jadi tak tau la Deri gena depa ubahsuai. Bahagian kolah wuduk dok macam dulu lagi. Bahagian bumbung mesjid asai pun masih dikekalkan bentuknya. Pembesaq sogha pun kekal di situ, tak tau la berfungsi ka dak. Ghona dia pun mungkin ghona asai jugak. Kawasan lapang tepi bangunan ni depa jadikan tapak parkir berbayaq dengan bayaran Rm1 sekali masuk.

Lepaih tangkap gambaq mesjid ni Deri ronda2 bandaq Bentong tangkap gambaq bangunan2 lama. Masih banyak bangunan2 zaman British dulu yang masin dikekalkan bentuk asalnya. Tapi tak dan nak ronda lama sangat sebab hujan mula tughun, makin lama makin lebat. Tengok gayanya macam tak nak saghyat. Lagipun Leeina & mak mentua dok tunggu dalam kegheta. Nanti depa boring pulak . Jadi angkat kaki la Deri. Lain kali bila lalu kok ni ghasa nak tangkap gambaq lagi.....

Care to comment?


Thursday, 18-Oct-2007 12:10 Email | Share | | Bookmark
Masjid Tengku Sulaiman, Ketari, Daerah Bentong, Pahang

Pandangan dari jalan masuk
Pandangan Sisi Kiri
Pandangan sudut hadapan/sisi kiri
View all 21 photos...

Care to comment?


Thursday, 18-Oct-2007 10:30 Email | Share | | Bookmark
Masjid Jamek Bentong, Pahang

Pandangan Dari Jalan Utama Bentong-Raub
Pandangan Hadapan
Pandangan Sisi Kiri-Anjung Kereta
View all 29 photos...

Care to comment?


Monday, 15-Oct-2007 16:10 Email | Share | | Bookmark
Masjid Bukit Fraser, Pahang

Pandangan Sisi Kiri-Jalan masuk dari tempat parkir kereta
Pandangan Belakang
Pandangan sudut hadapan/sisi kiri
View all 12 photos...
Lepaih jalan meghata ceghok, naik bukit tughun bukit, kona sini kona sana, Deri singgah mesjid ni untuk solat jamaq asaq & lehoq. Ambik ayaq sembahyang sejuk gedi....!!!Allhamdulillah, mesjid ni nampak `hidup' jugak la. Tengah solat dok tedengaq jugak sogha oghang dok maghah anak dia dalam mesjid (lece betui la depa ni....dalam mesjid pun hingaq....pekun betui. Mai mana punya oghang la....) Hilang khusyu' solat Deri yang tak berapa khusyu' ni...
Habih solat kelih soghang budak dalam umoq 15 tahun, (tapi badan besaq gabai) dok tegedang lepak kat pintu masuk mesjid. Setengah badan dok dalam mesjid, setengah lagi dok luaq masjid (ruang solat jugak). Yang gegham tengok tu pasai dia tak tanggai kasut......tu yang pak dia (atau caq dia...Deri pun tak tau) dok hingaq tadi ni. Tapi budak tu tak makan saman pun. Cemuih betui tengok....Apa lagi, Deri pun stare kat dia macam singa nak makan oghang. Nasib baik dia belah cepat, kalau tidak, ingat nak pi sound saja. Jenih telinga capang ni memang kena jentik sikit.

Care to comment?


Monday, 15-Oct-2007 09:30 Email | Share | | Bookmark
Masjid Ampang Pecah, Kuala Kubu

Papantanda
Pandangan dari jarak jauh
Pandangan Sisi Kiri
View all 34 photos...
Masjid ni memang Deri dok target nak singgah dalam perjalanan ke Fraser's Hill. Dua tiga haghi lepas terbaca tentang mesjid ni dalam artmelayu.blogspot tulisan Radzi Sapiee (syok browse blog saudara ni). Kebetulan memang kami anak beghanak nak pi rilek kat Fraser's Hill, jadi apa lagi....tercapailah cita-cita Deri. Memang mesjid ni ada tarikan tersendiri. Lokasi dia...dibelakang dia hutan, didepan dia jalanraya & sungai....sunyi, tenang dan terasa aman. Dari jalanraya ke Kuala Kubu Baru dah kelih dah mesjid ni, jadi tak la susah nak caghi. Masjid ni dibina pada tahun 1926 sepertimana terpampang kat menara dia. Senibina lama....Moorish? Deri tak beghapa tau pasai ni.
Dalam ruang sembahyang utama dia...fuiyoo...antik gitu. Chandeliers tu ghasanya yang ori kut.
Kat luaq mesjid tu sayang sikit sebab bentuk & fasad asalnya terlindung dengan bangunan tambahan. Nak buat gena, mungkin jemaah ramai kut....Tapi yang Deri tengok, ruang tambahan tu nampak macam tak beghapa ada oghang ambik pahadui pun, banyak sisa2 kelawaq. Kut la ni ramai jemaah dah pakat pi solat kat Masjid Jamek Ar-Rahman....lebihkughang 3 Km dari situ. Lagumana pun Deri harap depa jaga mesjid ni betul-betul sebab selain dari ia merupakan rumah Allah, senibina lamanya pun perlu dipelihara.Bukan begitu?

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.