Kunadzri's Fotopages

By: kunadzri yahaya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Sunday, 9-Dec-2007 10:05 Email | Share | | Bookmark
MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR, WP.

Ruang solat limpahan
Ruang solat utama/mihrab
Pintu sisi ke rg solat utama
View all 50 photos...
SENIBINA DALAMAN

BANDARAYA KL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL.
Tarikh: Isnin 3 Disember 2007
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg

Tarikh: Ahad 9 Disember 2007
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh





















Sunday, 9-Dec-2007 10:00 Email | Share | | Bookmark
MASJID NEGARA, KUALA LUMPUR, WP.

pandangan dari luar tapak masjid
menara & anjung selatan
anjung masuk utara
View all 50 photos...
FASAD LUAR

BANDARAYA KL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL.
Tarikh: Isnin 3 Disember 2007
Masa : 12.30 tgh - 2.00 ptg

Tarikh: Ahad 9 Disember 2007
Masa : 10.00 pg - 12.00 tgh






















Sejarah & konsep masjid
Sebulan sebelum hari Kemerdekaan, Majlis Kerja Persekutuan memutuskan untuk mendirikan sebuah masjid sebagai tanda penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terhadap segala jasa beliau kepada rakyat.Niat ini diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja selepas kemerdekaan dan setelah dibina Tunku tidak mahu masjid ini dinamakan sempena nama beliau. Beliau mencadangkan ianya dinamakan `Masjid Negara'.

Tugasan diberikan kepada satu kumpulan arkitek dari Jabatan Kerja Raya Persekutuan yang diketuai oleh Baharuddin Abu Kassim (Dato). Selainnya ialah, Hisham Al-Bakri (Dato) & Howard Ashley (UK). Kajian dilakukan terhadap masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, UEA & Sepanyol.

Akhirnya terlahirlah sebuah masjid yang mempunyai identitinya sendiri & yang terbesar di Asia Tenggara ketika itu. Rekabentuknya moden, dihiasi dengan corak keislaman sambil ada penerapan nilai-nilai senibina tempatan. Rekabentuk moden yang agak unik ini mencakupi ekspresi kontemporari dalam seni kaligrafi & ornamen tradisional Islam.

Kalau dilihat dari penggunaan konkrit tetulang pada keseluruhan struktur masjid, mungkin boleh Deri katakan ianya melambangkan kekuatan & keteguhan rakyat Malaysia selepas merdeka.

Bentuk puncak menara azan & bumbung beropol & bersegi dewan solat utama melambangkan kesetiaan, dipadan dari rupabentuk payung diraja. Menara memberi gambaran payung terkuncup manakala bumbung berupa payung terbuka.

Masjid ini melalui tempuh 2 tahun untuk menyiapkannya iaitu dari tahun 1963 hingga 1965 dan menelan belanja sebanyak 10 juta ringgit.

Lokasi Masjid
Terletak di kawasan seluas 13 ekar di Jalan Perdana, Bandaraya Kuala Lumpur. Ia diapit oleh Bangunan-bangunan Stesen Keretapi (lama) KTM, Kompleks Dayabumi, Muzium Kesenian Islam, Taman Burung & Taman Tasik Perdana. Bangunan masjid sahaja merangkumi kawasan seluas lebihkurang 3-5 ekar. (Nota: patut la Deri pecah peluh sakan mengambil foto sekeliling masjid...ketaq lutut2... )

Senibina masjid
**Paling ketara pada penglihatan kita adalah menara azan & bumbung(kubah) dewan solat utama masjid. Menara yang berdiri megah di tengah-tengah kolam air pancuran di tingkat atas itu menerjah hingga mencapai ketinggian 245 kaki (73 meter). Lif bertingkap kaca disediakan di dalamnya untuk membawa penumpang ke aras pentas menara pada aras 140 kaki. Tangga pilin juga disediakan. Puncak menara dikemaskinikan dengan mozek kaca putih (white glass mosaic)
**Bumbung/kubah dewan solat utama berbentuk payung kembang, beropol 18-segi dan dibina dari konkrit tetulang. Warna asalnya adalan merah jambu. Selepas pengubahsuaian dilakukan pada tahun 1987, ianya ditukar kepada mozek kaca hijau & biru. Bumbung ini berukuran 84 kaki tinggi, 200 kaki garispusat dan disokong oleh 16 batang tiang konkrit (3 ka. garispusat). Tiap-tiap tiang berturapkan terrazzo.
**Ruang solat utama seluas 22,500 kaki persegi dapat menampung seramai 3000 jemaah. Disediakan 3 buah pintu besar & sebuah pintu khas bagi kegunaan diraja. Bumbung beropol di atasnya memantulkan cahaya kemerah-merahan di siang hari.
**Mihrabnya telah diubahsuai dari bersegi kepada melengkung dan bertatahkan ayat al-Quran dalam seni khat Morocco. Mimbar pula dibina dari kayu berukir.
**Galeri di aras mezanin dikhaskan untuk muslimah. Galeri ini dihiasi dengan kekisi awan larat bercirikan kebudayaan Islam & dipengaruhi oleh masjid Taj Mahal & Patehphur Sikri di India.
**Ruang solat limpahan yang merupakan beranda/serambi masjid boleh menampung jemaah sehingga 5000 orang. Ruang ini terlindung dari luar oleh tirai kekisi aluminium dengan terawang awan larat keislaman. Lantainya disudahi dengan terrazzo manakala bumbungnya yang dibina dari konkrit tetulang mempunyai beberapa buah kubah kecil yang disudahi dengan mozek biru.
**Satu ruang berbumbung konkrit beropol 7-segi dibina disebelah barat masjid. Ruang ini dinamakan Makam Pahlawan di mana ianya merupakan tempat persemadian 7 orang tokoh-tokoh terbilang di Malaysia. Di bahagian luar makam tersebut merupakan tanah perkuburan Islam untuk orang-orang ternama.
**Lain-lain kemudahan yang disediakan termasuklah Dewan Persidangan, Perpustakaan, Pejabat, Bilik Diraja, Bilik Imam dll. Tandas, bilik mandi & ruang wuduk yang luas dibina diaras bawah. Dewan Persidangan ditempatkan disebelah barat masjid dengan bumbung yang berombak-ombak. Dewan ini dapat menampung kira-kira 500 orang.
**Aras bawah masjid diperindahkan dengan lanskap yang menarik. Kolam yang dibina memanjang & air pancuran yang disediakan begitu mempesonakan. Pokok-pokok palma juga banyak ditanam.


Monday, 3-Dec-2007 10:30 Email | Share | | Bookmark
ADIK YANI & FAMILI TURUN MAI KL

Pemandangan Tugu Negara
Pemandangan Tugu Negara
Untuk pejuang2 negara.
View all 6 photos...
Kemaghin Deri baghu balik dari Johoq...JB. Letih jugak sebab pi sana buat banyak qajja. Tangkap gambaq mesjid sampai 5 buah kat JB & 2 buah kat Muar. Dok kelibing kok JB saja meghata ceghok. Sesat jangan kigha la....sampai nak masuk pi ke Singapo!! Mana perghnah mai JB ni sejak Dida umoq 3 taun (taun 1987). Balik daghi JB kona pi ke Sedenak, Kulai...caghi ghumah memba blogger, oghang gelaq dia Cik Mat Gebu...Dalam pukui 6 baghu bertolak daghi sana. Jam pulak daghi Seremban ke Nilai. Sampai ghumah pukui 10.30 malam.

Adik Yani, Bakaq, Zafri, Juddin & Siti mai sini pada Sabtu, 1 Dis, haghi kami pi Johoq. Nasib baik abang Mi ada sini. Dia la yang dok bawak depa sekeluarga jalan-jalan di KL. Mola2 tu Yani dah tak jadi mai pasai tak dak teket bas. Tapi las2 kena mai jugak dengan kegheta pasai Zafri dok sedih tak bulih melawat Pusat Sains Negara. Ya lah....dah plen lama dah.....mana tak sedih.

Haghi ni (Isnin/Senin...oghang Pdg Pauh dulu2 kata haghi Senayan) nak pi qajja pun malaih, jadi call opis habaq kata nak cuti emergensi. La ni pun bukannya ada qajja sangat kat opis. Dok melangut saja memanjang......Jadi nak cuti tu tak dak masalah lah. Lagi pun dok teghingat nak bawak depa jalan-jalan. Isok depa nak balik dah. Yani ada la dok habaq yang Zafri & Juddin nak pi melawat Tugu Negara.

Dalam pukui 10 pagi Deri bawak la depa pi. Lala pun ikut sama. Siti tu syok sangat kat Lala sampai tak mau duduk kat mak dia....Ingatkan haghi Senin ni tak ghamai oghang, ghupanya meleset tekaan Deri. Mengamut pelancong luaq....Mat2 & minah2 saleh sampai 5, 6 biji bas...Yang best tu Juddin pi bisik kat Yani..."Mama, mat saleh tu seksi la"...he he...budak2 pun peghasan ....Tapi yang mai tu kebanyakkannya patrons, tua2 belaka.

Lepaih tu Deri bawak depa pi jalan kok Tasik Perdana, masuk kok Taman Burung, Taman Orkid (lalu saja) dan Planetarium Negara. Cadang nak singgah kat Planetarium tapi haghi Senin tutup. Akhirnya kami singgah melawat Muzium Islam. Ingat tak bukak sebab sunyi saja...ghupa2 nya memang gitu, tak ghamai pelawat. Dok pusing2 situ dalam sejam setengah ada la....Lepaih tu Deri bawak depa pi Masjid Negara, sambil melawat Makam Pahlawan. Sambil2 tu dan la jugak Deri tangkap gambaq mesjid untuk nak bubuh dalam blog. Lepaih sembahyang dan tangkap gambaq (tapi tak habih la....nanti nak mai lagi sekali) kami pun balik.....penat jugak.

Adik Yani, Zafri, Juddin & Lala singgah kat Giant Supermarket, beli mainan kat depa. Bakaq tak pi, sebab Siti tidoq. Kami balik ghumah dulu......Lapaq tak sangga. Sejam lebih lepaih tu baghu pi ambik depa. Sakan jugak membeli dua begadik tu....Balik dok rum...rum..main kegheta kontrol. Seghonok kita bila tengok depa seghonok.....


Sunday, 2-Dec-2007 18:10 Email | Share | | Bookmark
MASJID JAMEK KAMPUNG AIR MANIS, BT. 30, KULAI, JOHOR DT

Papantanda masjid
Pandangan hadapan masjid
Close-up pandangan hadapan masjid
View all 11 photos...
Dalam perjalanan pulang dari Sedenak, setelah melewati Pekan Air Bemban, Deri ternampak sebuah surau di sebelah kanan jalan lalu memberhentikan kereta untuk mengambil sekeping gambar. Surau ini adalah surau Kampung Air Bemban.

Masjid Jamek Kampung Air Manis terletak di sebelah kanan jalan juga. Masjid ini Deri dah nampak semasa melalui jalan yang sama untuk ke Sedenak tadi. Dari segi senibina masjid, tidak ada apa-apa yang istimewa. Segala keperluan asas untuk sebuah masjid disediakan.


Sunday, 2-Dec-2007 17:30 Email | Share | | Bookmark
MASJID JAMEK AS-SOLIHIN, KG. BARU SEDENAK, KULAI, JOHOR DT.

Papantanda masjid
Pandangan sisi kiri masjid
Anjung dengan kubah bawang/labu emas
View all 12 photos...
Sejenak di Sedenak......
Kalaulah tidak kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan blogger di situ, mungkin tidak sampai Deri kat tempat yang agak jauh juga dari jalan besar. Untuk ke Sedenak, kita perlu memandu lebihkurang 10 Km mendaki bukit melalui ladang kelapa sawit, dari jalan besar ke JB dari Pekan Air Bemban.
Masjid As-Solihin ini tidak jauh beza bentuknya jika dibandingkan dengan sebuah banglo setingkat. Yang membezakannya adalah anjung konkritnya yang terdapat sebuah kubah berbentuk bawang besar/labu berwarna emas di atasnya. Terdapat juga sebuah menara kerangka besi keluli yang diletakkan sebuah kubah bawang kecil berwarna emas di puncaknya. Kedua-dua kubah inilah yang menyerlahkan keunikkan masjid ini. Kawasan lapang di sisi kiri masjid di tarkan untuk kemudahan letak kereta.
Masjid ini Deri kira memerlukan sedikit kos untuk dicat baru dibahagian luarnya kerana warna lamanya sudahpun pudar dan terkopek di sesetengah tempat, terutama di bahagian anjung dan dapur/tandas.
Perkara yang perlu diberikan perhatian mungkin juga sistem sanitarinya kerana bahang bauan yang kurang enak menusuk deria dengan kuat sekali. Maaf ye orang-orang Sedenak. Kebenaran itu kadang2 susah untuk ditelan.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net