Kunadzri's Fotopages

By: kunadzri yahaya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  >  >>]    [Archive]
Thursday, 18-Oct-2007 12:50 Email | Share | | Bookmark
Masjid Bandar Lama Bentong, Pahang

Pandangan hadapan dari jalan besar
Pandangan sisi kanan
Kubah dan bumbung asal
View all 9 photos...
La ni mesjid ni dah ditukaq kegunaannya menjadi Pusat Dakwah Daerah Bentong. Bangunan asai tak diubah, tapi banyak tambahan dibuat dikeliling dia. Deri tak masuk ke dalam pun, jadi tak tau la Deri gena depa ubahsuai. Bahagian kolah wuduk dok macam dulu lagi. Bahagian bumbung mesjid asai pun masih dikekalkan bentuknya. Pembesaq sogha pun kekal di situ, tak tau la berfungsi ka dak. Ghona dia pun mungkin ghona asai jugak. Kawasan lapang tepi bangunan ni depa jadikan tapak parkir berbayaq dengan bayaran Rm1 sekali masuk.

Lepaih tangkap gambaq mesjid ni Deri ronda2 bandaq Bentong tangkap gambaq bangunan2 lama. Masih banyak bangunan2 zaman British dulu yang masin dikekalkan bentuk asalnya. Tapi tak dan nak ronda lama sangat sebab hujan mula tughun, makin lama makin lebat. Tengok gayanya macam tak nak saghyat. Lagipun Leeina & mak mentua dok tunggu dalam kegheta. Nanti depa boring pulak . Jadi angkat kaki la Deri. Lain kali bila lalu kok ni ghasa nak tangkap gambaq lagi.....


Thursday, 18-Oct-2007 12:10 Email | Share | | Bookmark
Masjid Tengku Sulaiman, Ketari, Daerah Bentong, Pahang

Pandangan dari jalan masuk
Pandangan Sisi Kiri
Pandangan sudut hadapan/sisi kiri
View all 21 photos...


Thursday, 18-Oct-2007 10:30 Email | Share | | Bookmark
Masjid Jamek Bentong, Pahang

Pandangan Dari Jalan Utama Bentong-Raub
Pandangan Hadapan
Pandangan Sisi Kiri-Anjung Kereta
View all 29 photos...


Monday, 15-Oct-2007 16:10 Email | Share | | Bookmark
Masjid Bukit Fraser, Pahang

Pandangan Sisi Kiri-Jalan masuk dari tempat parkir kereta
Pandangan Belakang
Pandangan sudut hadapan/sisi kiri
View all 12 photos...
Lepaih jalan meghata ceghok, naik bukit tughun bukit, kona sini kona sana, Deri singgah mesjid ni untuk solat jamaq asaq & lehoq. Ambik ayaq sembahyang sejuk gedi....!!!Allhamdulillah, mesjid ni nampak `hidup' jugak la. Tengah solat dok tedengaq jugak sogha oghang dok maghah anak dia dalam mesjid (lece betui la depa ni....dalam mesjid pun hingaq....pekun betui. Mai mana punya oghang la....) Hilang khusyu' solat Deri yang tak berapa khusyu' ni...
Habih solat kelih soghang budak dalam umoq 15 tahun, (tapi badan besaq gabai) dok tegedang lepak kat pintu masuk mesjid. Setengah badan dok dalam mesjid, setengah lagi dok luaq masjid (ruang solat jugak). Yang gegham tengok tu pasai dia tak tanggai kasut......tu yang pak dia (atau caq dia...Deri pun tak tau) dok hingaq tadi ni. Tapi budak tu tak makan saman pun. Cemuih betui tengok....Apa lagi, Deri pun stare kat dia macam singa nak makan oghang. Nasib baik dia belah cepat, kalau tidak, ingat nak pi sound saja. Jenih telinga capang ni memang kena jentik sikit.


Monday, 15-Oct-2007 09:30 Email | Share | | Bookmark
Masjid Ampang Pecah, Kuala Kubu

Papantanda
Pandangan dari jarak jauh
Pandangan Sisi Kiri
View all 34 photos...
Masjid ni memang Deri dok target nak singgah dalam perjalanan ke Fraser's Hill. Dua tiga haghi lepas terbaca tentang mesjid ni dalam artmelayu.blogspot tulisan Radzi Sapiee (syok browse blog saudara ni). Kebetulan memang kami anak beghanak nak pi rilek kat Fraser's Hill, jadi apa lagi....tercapailah cita-cita Deri. Memang mesjid ni ada tarikan tersendiri. Lokasi dia...dibelakang dia hutan, didepan dia jalanraya & sungai....sunyi, tenang dan terasa aman. Dari jalanraya ke Kuala Kubu Baru dah kelih dah mesjid ni, jadi tak la susah nak caghi. Masjid ni dibina pada tahun 1926 sepertimana terpampang kat menara dia. Senibina lama....Moorish? Deri tak beghapa tau pasai ni.
Dalam ruang sembahyang utama dia...fuiyoo...antik gitu. Chandeliers tu ghasanya yang ori kut.
Kat luaq mesjid tu sayang sikit sebab bentuk & fasad asalnya terlindung dengan bangunan tambahan. Nak buat gena, mungkin jemaah ramai kut....Tapi yang Deri tengok, ruang tambahan tu nampak macam tak beghapa ada oghang ambik pahadui pun, banyak sisa2 kelawaq. Kut la ni ramai jemaah dah pakat pi solat kat Masjid Jamek Ar-Rahman....lebihkughang 3 Km dari situ. Lagumana pun Deri harap depa jaga mesjid ni betul-betul sebab selain dari ia merupakan rumah Allah, senibina lamanya pun perlu dipelihara.Bukan begitu?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  8  9  [10]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net