Kunadzri's Fotopages

By: kunadzri yahaya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 30-Dec-2007 10:15 Email | Share | Bookmark
MASJID SULTAN SULEIMAN, KLANG, SELANGOR DE

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
FASAD LUAR

KLANG, SELANGOR
Tarikh: Ahad 30 Disember 2007
Masa : 10.15 pg - 12.05 tgh

















Sejarah masjid
Masjid ini telah dibina pada tahun 1932, sempena pengisytiharan Klang sebagai pusat pentadbiran negeri Selangor. Ia adalah satu pemberian dari kerajaan British kepada Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang ke 5. Perasmian masjid ini telah di sempurnakan oleh baginda sultan pada tahun 1934 dan dikenali dengan nama Masjid Suleiman Jamiur Rahmah.

Masjid ini pernah dijadikan masjid negeri Selangor sehinggalah terbinanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Sekarang ia dimasyhorkan sebagai Masjid Diraja Klang.

Lokasi Masjid
Masjid ini terletak di Kampung Jawa, Klang, berdekatan dengan Bukit Istana & Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Makam Diraja Klang turut ditempatkan bersebelahan dengan masjid ini.

Senibina Masjid
**Terpegun sebentar Deri bila memandang kepada rekabentuk masjid ini, sangat menarik sekali. Konsep rekabentuknya agak berlainan dari mana-mana masjid yang pernah Deri kunjungi. Dari hasil bacaan, ada yang mengatakan ianya mempunyai pengaruh campuran senibina Islam Moorish dan senibina Inggeris. Ada pula yang mengatakan ianya berkonsepkan Art Deco. kerana elemen dekoratif yang minima digunapakai di sini. Penggunaan geometri yang mudah pada pelan masjid juga menjurus kepada Art Deco.

**Masih terdapat unsur-unsur klasikal terutama pada tiang, namun ianya agak minimal. Kubah masjid berbentuk separuh bulatan (separa hemisfera) berwarna kuning telur (tidak keemasan) Kubah besar ruang solat utama dikelilingi oleh beberapa kubah yang lebih kecil
**Terdapat 8 menara kecil disekeliling masjid dan satu menara besar lagi tinggi dibahagian tengah laluan masuk dari anjung utama. Menara ini juga dihiasi dengan kubah kuning di puncaknya.
**Arkitek yang merekabentuk masjid ini ialah L.Keste Vend.
**Masjid ini boleh menampung lebihkurang 1000 jemaah dalam satu masa.
**Masjid yang ada sekarang ini telahpun melalui beberapa proses pengubahsuaian dalaman & dikawasan `courtyard' bangunan asal. Rekabentuk asalnya bagaikan sebuah palang seperti yang selalu digunapakai dalam pelan gereja-gereja di Eropah. Namun sekarang bentuknya sudah kelihatan seperti segi empat.

**Ruang solat utamanya berbentuk oktagon (segi lapan) di bahagian bawah dan mula bertukar ke bentuk bulat pada aras 10 meter. Sebelah dalam kubah utama boleh dinaiki kerana ianya mempunyai dua aras seperti balkoni. Aras keduanya boleh diakses dengan `catladder'. Ada satu lapisan kerangka besi dekoratif dibawah kubah digunakan untuk menyokong `gelas warna' yang disusun ber`pattern'. Apabila cahaya matahari menembusi kubah, kilauan warna-warni akan terpancar di atas lantai ruang solat. Ianya memberi satu impak yang amat menarik.
**Serambi asal masjid juga berbentuk oktagon. Dari ruang solat utama ianya dicabangkan ke empat arah - mihrab, anjung masuk sisi kanan, anjung masuk utama & ke tempat wuduk di sisi kiri, berdekatan dengan Makam Diraja.
**Tempat wuduknya adalah yang asal, tetapi kolah wuduk telahpun diubahsuai. Kolah yang asal berada pada aras tanah. Kolah sekarang telah dinaikkan keparas 600mm dan disediakan pili air.
**Pintu pagar besi dekoratif di setiap laluan masuk ber`arch' adalah yang asal.
**Lantai asal disudahi dengan marmar putih dengan kambi (skirting) marmar setinggi 400mm. Sayang sekali ianya telah ditutupi dengan jubin baru.
**Mihrab telah diubahsuai. Mihrab asal berlantaikan marmar dan mempunyai pancaran cahaya lampu dari lantai tersebut. Sekarang ini, seperti semua masjid-masjid di Malaysia, ruang solat utama sehingga ke mihrab disudahi dengan permaidani. Dinding mihrab disaluti dengan plaster gypsum dekoratif .
**Mimbar kayu keras dengan susur tembaga asli dekoratif adalah yang asal.
**Gelas-gelas berwarna yang terdapat di bahagian atas dinding ruang solat utama adalah yang asal. Ini adalah ciri-ciri rekabentuk gereja-gereja Eropah.
**Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang luas & disediakan rumah petugas-petugas masjid serta wakaf.

Deri amat berterima kasih kepada insan yang memberi banyak info tentang masjid ini ketika melakukan lawatan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net