Kunadzri's Fotopages

By: kunadzri yahaya

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Feb-2009 09:07 Email | Share | Bookmark
MASJID JAMEK BUKIT PASIR, MUAR, JOHOR DT.

masjid lama
hadapan masjid baru
anjung hadapan
dari arah mihrab
 
DARI PAGOH KE MERLIMAU - 15 Disember 2007

MUAR, JOHOR DT.
Tarikh: Sabtu, 15 Disember 2007
Masa : 2.01 ptg - 2.05 ptg

Setelah memandu selama lebihkurang 20 minit dari Pagoh, melalui jalan biasa menuju ke Muar/Melaka, pandangan Deri tertumpu pada sebuah masjid disebelah kiri jalan semasa melewati Bukit Pasir. Masjid ini hanyalah masjid yang biasa saja binaannya, cuma kelihatan agak agam sedikit di sebabkan ianya didirikan di sebelah masjid lama yang agak sederhana ketinggiannya. Jadi, perbandingan akal terjadi secara otomatis yang mana melahirkan satu persepsi yang spontan. Gerakhati juga menyebabkan Deri memberhentikan kereta untuk mengambil beberapa keping foto.

Masjid Jamek Bukit Pasir ini didirikan berkembar dengan masjid lamanya dan di'link' kan kedua-duanya. Rasa Deri masjid lamanya digunakan sebagai kelas agama. (Deri tidak sempat untuk berlama-lamaan di sini untuk membuat `survey' kerana kesuntukkan masa. Deri perlu berada di Melaka sebelum pukul 3 petang).

Namun dari pemerhatian yang singkat, masjid lama ini mempunyai kubah berbentuk payung separa tertutup yang bercirikan senibina 1960an, seperti Masjid Negara. Inspirasinya mungkin datang dari sana.

Masjid baru pula bercirikan senibina 1980an, dengan bumbung limas berkubah `bawang' di puncaknya. Bahan binaan bumbungnya adalah dari jenis `profiled metal decking' berwarna biru dan kubahnya juga becat biru. Perincian dari sudut binaan agak mudah dan elemen-elemen estetik dalam senibina adalah amat terhad. Tiang & arches yang diilhamkan adalah sesuatu yang biasa sekitar tahun 80an. Namun, Deri kira ianya dibina dengan kadar kos yang terhad. Sekiranya kos yang tinggi dilaburkan, disusuli dengan penggunaan bahan binaan yang mahal, masjid ini akan kelihatan begitu majestik sekali apatah lagi dengan ketinggian yang sediada. Sedikit pengubahsuaian akan memberi impression yang amat berbeza.

Itu hanyalah dari persepsi senibina menurut kacamata Deri. Namun apa yang penting adalah dari segi pengisian masjid itu, dari segi jumlah jemaahnya dan bagaimana masjid itu diimarahkan.


Pandangan masjid (baru)


Pandangan masjid (lama)


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net